Page 194 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 194

Penyelidikan dan Inovasi

                 BENGKEL  PEMBANGUNAN  MODUL  KEPIMPINAN  SIRI  1  (PENASIHAT  AKADEMIK  &
                 KETUA JABATAN)
                 Bengkel  Pembangunan  Modul  Kepimpinan  Siri  1  ini  adalah  kerjasama  dengan  Unit  Latihan
                 Pejabat  Pendaftar  UPNM  manakala  penceramah  jemputan  bagi  bengkel  ini  adalah  daripada
                 bahagian Competency Based Talent Management (CBTM) melibatkan peserta daripada wakil
                 Penasihat Akademik dan Ketua Jabatan di setiap fakulti dan pusat akademik. Bengkel ini telah
                 membincangkan  isu-isu  yang  dihadapi  oleh  peserta  dan  cadangan  aktiviti  serta  modul  yang
                 diperlukan untuk menangani masalah tersebut. Bengkel ini telah dilaksakanan di Pusat Marin
                 pada 17 Februari 2022.





















                 MESYUARAT  PENYELARASAN  PELAKSANAAN
                 KEM  TRAINING  OF  TRAINER  (TOT)  AL-FATEH
                 2022
                 Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Kem Training
                 of  Trainer  (TOT)  Al-Fateh  UPNM  2022  merupakan
                 mesyuarat    koordinasi   pelaksanaan     program
                 melibatkan  jawatankuasa  yang  dilantik.  Mesyuarat
                 ini  telah  dipengerusikan  oleh  Pengarah  Pusat
                 Kepimpinan  dan  Pembangunan  Profesional  dan
                 dihadiri oleh jawatankuasa daripada Pusat Islam serta
                 beberapa  FPJB  yang  lain.  Mesyuarat  dilaksanakan
                 pada  14  Mac  2022  bertempat  di  Bilik  Mesyuarat
                 Pusat Islam.

                                                         KEM  TRAINING  OF  TRAINER  (TOT)  AL-FATEH
                                                         2022
                                                         Kem  Training  of  Trainer  (TOT)  Al-Fateh  2022
                                                         merupakan satu program team building yang diurus
                                                         setiakan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembangunan
                                                         Profesional dengan kerjasama daripada Pusat Islam,
                                                         Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan
                                                         Fakulti  Pengajian  dan  Pengurusan  Pertahanan.
                                                         Kem  ini  telah  dihadiri  oleh  pelajar  Sarjana  Muda
                                                         Pertahanan  dan  Keselamatan  Islam  dan  Diploma
                                                         Tahfiz dan Tafsir Al-Quran seramai 69 orang. Pelbagai
                                                         aktiviti  kepimpinan,  kemandirian  dan  kerohanian
                                                         telah  disediakan  kepada  semua  pelajar  tersebut
                                                         selama 2 hari 1 malam iaitu pada 22-24 Mac 2022 di
                                                         Kem Kongkoi UPNM, Negeri Sembilan.

                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  193
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199