Page 191 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 191

Penyelidikan dan Inovasi

              LAWATAN PERSAMPELAN KULAT DI MAWILLA 1

              Pada  4  Mac  2022,  seorang  Pegawai  Sains  dan
              seorang  Pegawai  Penyelidik  UPNM  telah  melawat
              ke  Pelabuhan  TLDM  Tanjung  Gelang  (MAWILLA  1),
              Kuantan,  Pahang  bagi  mengambil  beberapa  sampel
              kulat  di  pelabuhan  tersebut.  Tujuan  pengambilan
              sampel  kulat  ini  adalah  untuk  menganalisa  dan
              mengenalpasti jenis kulat yang tumbuh di permukaan
              peralatan ketenteraan akibat terdedah kepada cuaca
              tropika.  Hasil  dapatan  daripada  sampel  ini  sangat
              berguna bagi mengenal pasti koloni kulat yang tumbuh
              dalam cuaca tropika serta isu-isu pentropikalan yang
              menjadi  permasalahan  kepada  operasi  peralatan,
              persenjataan dan infrastruktur ketenteraan di Malaysia.

                                                       LAWATAN  KERJA  KE  BAHAGIAN  TEKNOLOGI
                                                       PERSENJATAAN        STRIDE,     BATU     ARANG,
                                                       SELANGOR
                                                       Pada 9 Jun 2022, CENTROP telah menghadiri lawatan
                                                       kerja  ke  Bahagian  Teknologi  Persenjataan  STRIDE,
                                                       Batu Arang, Selangor. Lawatan ini disertai oleh lapan
                                                       orang staf UPNM yang terdiri daripada Felo Penyelidik
                                                       dan juga Pegawai Penyelidik CENTROP. Tujuan lawatan
                                                       ini  diadakan  adalah  bagi  mendapatkan  maklumat
                                                       dan  juga  gambaran  berkenaan  dengan  teknologi
                                                       persenjataan yang digunakan oleh pihak STRIDE dan
                                                       anggota  tentera  Malaysia.  Maklumat  yang  diperolehi
                                                       ini  dapat  dimanfaatkan  dalam  penyediaan  kertas
                                                       cadangan geran penyeldikan TRGS berkaitan propelan
                                                       yang dimohon oleh Prof. Madya Dr. Siti Aminah binti
                                                       Mohd Noor selaku ketua penyelidik. Terdahulu, UPNM
                                                       telah menandatangani Memorandum of Understanding
                                                       (MoU) bersama dengan pihak STRIDE. Justeru, lawatan
                                                       ini dapat memperkukuhkan kolaborasi di antara UPNM
                                                       dan STRIDE.
              PERBINCANGAN  PENYELIDIKAN  KULAT  BERSAMA  WAKIL
              DARIPADA  UNIVERSITI  ISLAM  ANTARABANGSA  MALAYSIA
              DAN WAKIL TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
              Satu perbincangan penyelidikan berkaitan kulat telah diadakan pada
              12 Ogos 2022 yang lalu. Sesi perbincangan ini diadakan di antara
              Pengarah dan Pegawai Penyelidik CENTROP, Assistant Profesor Dr.
              Maryam Zahaba dan pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa
              Malaysia (UIAM) dan Kdr Ir. Ts. Faiz bin Hj. Sutarji daripada Tentera
              Laut  Diraja  Malaysia  (TLDM).  Perbincangan  ini  berkisar  tentang
              kolaborasi  penyelidikan  berkaitan  pertumbuhan  kulat  dan  cara
              mengawalnya  pada  aset  ketenteraan  Malaysia  terutamanya  kapal-
              kapal  TLDM.  Perancangan  awal  hasil  daripada  perbincangan
              ini  adalah  semua  pihak  bersetuju  untuk  bersama-sama  dalam
              penyediaan  kertas  cadangan  geran  penyelidikan  bagi  membiayai
              projek  yang  bakal  dijalankan  serta  berkongsi  kepakaran  masing-
              masing berkaitan penyelidikan kulat ini.

                190   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196