Page 186 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 186

Penyelidikan dan Inovasi

                 AKTIVITI ANJURAN PPPI DAN PUSAT KECEMERLANGAN UPNM

                 SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN
                 DAN  SURAT  TAWARAN  YANG  BERJAYA
                 MEMPEROLEH  GERAN  PENYELIDIKAN
                 TAHUN 2022
                 7  September  2022  -  Satu  sesi  penyampaian
                 sijil  penghargaan  dan  surat  tawaran  kepada
                 penyelidik  yang  berjaya  memperoleh  geran
                 penyelidikan  Fundamental  Research  Grant
                 Scheme (FRGS), Geran Penyelidikan Industri,
                 Geran  Pemindahan  Ilmu  (KTP),  serta  Geran
                 Penyelidikan  Jangka  Pendek  (GPJP)  telah
                 diadakan  di  Auditorium  FPKP,  Blok  C,
                 Bangunan  Fakulti  Perubatan  dan  Kesihatan
                 Pertahanan (FPKP). Penyampaian sijil tersebut
                 telah  disempurnakan  oleh  YBhg.  Timbalan
                 Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof.
                 Ts. Dr. Azizi bin Miskon.

                                                               BENGKEL  PEMURNIAN  DASAR  DAN
                                                               GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN

                                                               20 - 22 September 2022 - Bahagian Penyelidikan
                                                               dan    Inovasi   (BPI)   telah   menganjurkan
                                                               Bengkel  Pemurnian  Dasar  dan  Garis  Panduan
                                                               Penyelidikan  yang  telah  berlangsung  di  Pusat
                                                               Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                                                               (UPNM).  Objektif  bengkel  ini  diadakan  adalah
                                                               bagi mengemas kini dan menambah baik garis
                                                               panduan  sedia  ada,  mendapatkan  input  bagi
                                                               penambahbaikan garis panduan sedia ada dan
                                                               mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambah
                                                               baik  dalam  panduan  sedia  ada.  Seramai  30
                                                               peserta  telah  menghadiri  bengkel  selama
                                                               tiga  hari  ini  terdiri  daripada  Timbalan  Dekan
                                                               (Penyelidikan dan Siswazah), Timbalan Pengarah
                                                               (Penyelidikan dan Siswazah), Auditor MyRA dan
                                                               pensyarah-pensyarah yang berpengalaman.



             BENGKEL  PEMURNIAN  DASAR  DAN  GARIS  PANDUAN
             PENYELIDIKAN SIRI 2

             18 Oktober 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI)
             telah  menganjurkan  Bengkel  Pemurnian  Dasar  dan  Garis
             Panduan  Penyelidikan  Siri  2  yang  telah  berlangsung  di
             Bilik  Mesyuarat  Utama,  Bahagian  Penyelidikan  dan  Inovasi,
             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bengkel ini
             adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan
             sebelum  ini  pada  20-22  September  2022.  Antara  perkara
             yang dibincangkan dalam bengkel kali ini adalah berkenaan
             Garis Panduan Special Interest Group (SIG). Seramai 15 orang
             peserta yang telah menghadiri bengkel ini.


                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  185
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191