Page 182 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 182

Penyelidikan dan Inovasi

                 PAMERAN 3  SELANGOR R&D AND INNOVATION
                             rd
                 EXPO 2022
                 Kuala  Lumpur  -  Universiti  Pertahanan  Nasional
                 Malaysia  (UPNM)  melalui  Bahagian  Penyelidikan
                 dan  Inovasi  (BPI)  telah  menyertai  3   Selangor
                                                       rd
                 R&D  and  Innovation  Expo  2022  yang  bermula  dari
                 06  sehingga  09  Oktober  2022  di  Kuala  Lumpur
                 Convention  Center  (KLCC).  Pameran  3   Selangor
                                                       rd
                 R&D  and  Innovation  Expo  2022  diadakan  bagi
                 mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan
                 (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan
                 dan  peluang  pemasaran  terhadap  reka  bentuk
                 produk  dan  perkhidmatan.  Pameran  tersebut
                 juga  turut  mempamerkan  penciptaan  dan  inovasi
                 terkini  daripada  pusat  pengajian  tinggi,  institusi
                 penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor
                 awam  dan  swasta.  UPNM  telah  berjaya  mencatat
                 sejarah  kejayaan  yang  membanggakan  dengan
                 kesemua  penyertaan  produk  penyelidikan  UPNM
                 telah memenangi pingat iaitu satu di Tempat Pertama
                 dan dua di Tempat Ketiga.

                 PAMERAN 11  MALAYSIAN ROAD CONFERENCE & EXHIBITION 2022
                              th
                 Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan
                 dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran 11 Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang
                                                          th
                 bermula dari 11 sehingga 13 Oktober 2022 di World Trade Centre (WTC). Pameran ini diadakan
                 bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi
                 pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran
                 tersebut  juga  adalah  acara  yang  dinantikan  oleh  bahagian  kejuruteraan  jalan  raya  tempatan
                 dan serantau. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua
                 penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat dengan satu Emas, dua Perak
                 dan satu Gangsa. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
                 i.  TS. DR. FARIDAH HANIM BINTI KHAIRUDDIN
                    Warm Mix Eco-Asphalt: The Sustainable Green Paving Innovation
                    Fakulti Kejuruteraan
                    Pingat Emas


























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  181
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187