Page 178 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 178

Penyelidikan dan Inovasi

                 PENYERTAAN  UPNM  DALAM  AKTIVITI
                 PAMERAN  DI  PERINGKAT  KEBANGSAAN
                 DAN  ANTARABANGSA
                 Pameran  Malaysia  Technology  Expo  (MTE)
                 Tahun 2022
                 Kuala   Lumpur    -   Universiti   Pertahanan
                 Nasional  Malaysia  (UPNM)  melalui  Bahagian
                 Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai
                 Pameran  Malaysia  Technology  Expo  (MTE
                 2022)  yang  bermula  dari  21  sehingga  25  Mac
                 2022 secara dalam talian. Pameran MTE 2022
                 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan
                 dan  pembangunan  (R&D),  teknologi  terkini
                 serta  memberi  pendedahan  dan  peluang
                 pemasaran  terhadap  reka  bentuk  produk  dan
                 perkhidmatan.  Pameran  tersebut  juga  turut
                 mempamerkan  penciptaan  dan  inovasi  terkini
                 daripada  pusat  pengajian  tinggi,  institusi
                 penyelidikan,  penyelidik  persendirian  dan  juga
                 sektor  korporat  dari  negara  Asia  dan  Eropah.
                 Sebanyak  empat  penyertaan  produk  daripada
                 empat  orang  pensyarah/penyelidik  UPNM
                 telah  menyertai  pameran  tersebut.  UPNM
                 telah  berjaya  mencatat  sejarah  kejayaan  yang
                 membanggakan  dengan  kesemua  penyertaan
                 produk  penyelidikan  UPNM  telah  memenangi
                 pingat  iaitu  dua  pingat  emas  dan  dua  pingat
                 perak ada seperti di Jadual 40.

                  Jadual 40:        Senarai Penyertaan Produk Penyelidikan UPNM yang Telah Memenangi Pingat di Pameran MTE 2022


                 Bil.     Nama Penyelidik                 Nama Produk                    Fakulti/ Pusat
                                                        Pingat Emas
                  1.   Prof. Dr. Ong Keat Khim      Simple and Portable Acephate     Pusat Asasi Pertahanan
                                              (Organophosphate Insecticide and Simulant      (PAP)
                                                   of Nerve Agent) Detection System
                  2.  Prof. Madya Dr. Siti Aminah   Safe, Inexpensive and Sustainable Energy   Pusat Asasi Pertahanan
                           Binti Mohd Nor     Storage Technology of Sodium-Ion Batteries     (PAP)
                                                          (National Sobatt)
                  3.  Prof. Madya Dr. Siti Aminah   Safe, Inexpensive and Sustainable Energy   Pusat Asasi Pertahanan
                           Binti Mohd Nor     Storage Technology of Sodium-Ion Batteries     (PAP)
                                                          (National Sobatt)
                                                        Pingat Perak
                  1.     Brig Jen Prof. Ir. Dr.           Heat Barrier Tile          Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
                       Norazman Bin Mohamad
                            Nor (Bersara)
                  2.     Dr. Syarifah Bahiyah     W@RK: Location-based Attendance    Pusat Keselamatan Siber
                      Rahayu Binti Syed Mansoor  Application using Face Recognition on   dan Revolusi Industri
                                                        Blockchain Platform             Digital (PKS&RID)



                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  177
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183