Page 180 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 180

Penyelidikan dan Inovasi























                 Tahniah  diucapkan  kepada  Bahagian  Penyelidikan  dan  Inovasi  (BPI),  UPNM  dan  penyelidik-
                 penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan
                 dan inovasi sekaligus telah membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti
                 Awam dan Pusat Penyelidikan yang lain di peringkat antarabangsa.
                 PAMERAN DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY EXHIBITION (DSS) 2022
                 3 - 4 Ogos 2022 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan
                 dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition
                 (DSS) 2022. Penganjuran dwi-tahunan ini merupakan satu platform kepada peserta yang terlibat
                 dalam industri pertahanan seluruh negara berkongsi idea dan teknologi, menjalin perkongsian
                 pintar serta memulakan kerjasama sinergi dan strategik. Objektif utama DSS 2022 adalah untuk
                 mempamerkan hasil penyelidikan dalam bidang keselamatan dan pertahanan, perubatan, sains
                 dan teknologi serta lain-lain bidang. Tahun ini, DSS 2022 telah menerima sebanyak 230 penyertaan
                 yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. YB
                 Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis
                 penutup Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition (DSS) 2022 yang bertemakan
                 “Discovery and Innovation Towards Excellence” di Dewan Theatrette Bangunan Lestari, Universiti
                 Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
                 Dalam ucapannya, YB Menteri menggesa agar universiti sentiasa tampil menawarkan idea-idea
                 baharu yang berimpak tinggi demi kesejahteraan sejagat bagi memberikan penyelesaian kepada
                 isu dan cabaran yang wujud dalam masyarakat. Beliau berkata, indikator universiti terbaik adalah
                 universiti  yang  mampu  menghasilkan  impak  bukan  sahaja  terhadap  warganya,  malah  turut
                 memanfaatkan masyarakat umum. “Saya boleh katakan di sini bahawa di universiti, penyelidikan
                 dan  inovasi  adalah  seperti  dakwat  dengan  kertas,  kedua-duanya  bergerak  seiring.  “Dengan
                 penyelidikan, maka akan terhasillah idea, inovasi dan produk baharu yang boleh dimanfaatkan
                 oleh pelbagai pihak,” katanya.























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  179
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185