Page 181 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 181

Penyelidikan dan Inovasi

              DSS 2022 kali ini telah menerima sebanyak 231 penyertaan yang terdiri daripada universiti awam,
              universiti swasta, agensi kerajaan dan agensi swasta. Perincian penyertaan adalah seperti di
              Jadual 42:

               Jadual 42:        Perincian Penyertaan Pameran DSS 2022

              Bil.                  FPJB                                   Bil. Penyertaan

               1.              Penyelidik UPNM                             166 Penyertaan
               2.  Universiti Awam (UiTM, UNIMAS, USIM, USM,                53 Penyertaan
                   UPM, UTEM, UMK, UKM, UMT, UIA, UNIMAP,
                                  UMP, UTM)
               3.        Universiti Swasta (UTS, UNI. OF                    6 Penyertaan
                   SOUTHAMPTON MALAYSIA, KUIS, MSU, UC
                                    TATI)
               4. INSTITUSI PENYELIDIKAN (NIOSH, NAHRIM)                    2 Penyertaan
               5.    Lain-lain (TLDM, Kejuruteraan ARMADA)                  4 Penyertaan
                                JUMLAH                                     231 Penyertaan


              Antara tarikan sempena DSS 2022 ini adalah sesi wacana ilmu daripada Dato’ Sheikh Muszaphar
              Shukor,  Angkasawan  Negara  dengan  tajuk  "Space  Exploration  as  Catalyst  for  Discovery  and
              Innovation." Selain daripada itu, Pasukan WAU Rocketry dari USM turut berkongsi pengalaman
              The Journey of Nations First Rocketry Team to Spaceport America Cup 2022. Turut berkongsi ilmu
              pengetahuan adalah daripada pihak STRIDE dan Jabatan Perhilitan. Selain daripada itu, DSS
              2022 turut menjemput Polis Diraja Malaysia (PDRM), TUDM, AADK, BOMA, PERHILITAN dan
              Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) untuk membuat pameran statik di Lobi Bangunan
              Lestari. Hadir sama, YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Sufian, TKSU (Dasar), YBhg. Prof.
              Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi LPU
              UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM.







































                180   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186