Page 187 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 187
Penyelidikan dan Inovasi
BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN
KERTAS CADANGAN GERAN
PENYELIDIKAN SASARAN 2023
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
telah menganjurkan Bengkel Penulisan
dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran
Penyelidikan Sasaran Tahun 2023 pada 11-13
November 2022 bertempat di Institut Latihan
Statistik Malaysia, Sungkai, Perak. Penglibatan
peserta bengkel terdiri daripada pemohon-
pemohon geran penyelidikan bersama panel-
panel penilai yang berpengalaman dengan
bidang dan domain penyelidikan masing-
masing telah sama-sama memperbaiki dan
memurnikan kertas cadangan penyelidik
sebelum dimajukan semula kepada pihak
Kementerian atau mana-mana pemberi dana
pada masa akan datang.
WEBINAR BERJUDUL “THE 2022 RUSSIAN INVASION OF UKRAINE: SOME INITIAL
OBSERVATIONS”
Pada 7 Mac 2022, CDISS telah menganjurkan webinar berjudul “The 2022 Russian Invasion of
Ukraine: Some Initial Observations” melalui platform ZOOM. Webinar ini telah membincangkan
dari konteks politik dan strategik yang membawa kepada tercetusnya serangan ke atas Ukraine
oleh pihak Rusia pada 24 Februari 2022. Antara ahli panel yang terlibat dalam sesi webinar
ini adalah Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Prof. Dato' Dr. Jesbil Singh dan Kol Azlan Iskandar
bin Dato' Abdul Ghani (Bersara), Felo Adjung COMIHL serta Lt Jen Dato' Fadzil bin Mokhtar
(Bersara) selaku moderator. Webinar ini telah dihadiri secara dalam talian oleh seramai lebih
kurang 80 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UPNM, pelajar Maktab Turus Angkatan
Tentera (MTAT) dan Maktab Ketahanan Negara (NRC) serta peserta antarabangsa.
186 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia