Page 192 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 192

Penyelidikan dan Inovasi

                 PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN OLEH PENYELIDIK CENTROP

                 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian
                 Pengajian Tinggi (DP KPT) Tahun 2022 kepada kakitangan akademik. Antara permohonan geran
                 penyeldikan yang dibuka adalah Skim Geran penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran
                 Penyelidikan  Transdisiplinari.  Terdapat  lima  permohonan  FRGS  dan  satu  permohonan  projek
                 TRGS berkaitan propelan yang telah dimajukan oleh Felo Penyelidik CENTROP. Beberapa siri
                 perbincangan bagi memantapkan kualiti kertas cadangan penyelidikan TRGS telah diadakan
                 dimana ianya turut disertai oleh penyelidik daripada Universiti Awam lain dan juga pihak industri.
                 Permohonan projek penyelidikan TRGS ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Siti Aminah binti Mohd
                 Noor yang bertajuk Development of Malaysia’s Capability and Its Readiness to Produce 5.56MM
                 Bullets. Selain itu, UPNM juga telah membuka permohonan Geran Penyelidikan Jangka Pendek
                 dan terdapat tujuh permohonan daripada kalangan Felo Penyelidik dan juga Pegawai Penyelidik.



















                 PENGANJURAN KURSUS DAN LATIHAN CHEMDEF
                 Selaras dengan objektif CHEMDEF dalam menjadi pusat pendidikan dan rujukan, CHEMDEF
                 telah menganjurkan beberapa siri kursus dan latihan. Pada 7 Febuari 2022, CHEMDEF dengan
                 kerjasama Perkin Elmer Sdn. Bhd. telah menganjurkan kursus dan latihan Single Cell Analysis.
                 Kursus ini menggunakan platform ICP-MS tetapi menggunakan mod khusus untuk analisis sel
                 tunggal. Pada 22 dan 23 Jun 2022 pula, CHEMDEF telah menganjurkan kursus dan latihan bagi
                 penggunaan alatan High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Kursus ini merangkumi
                 latihan teori dan amali bagi proses penyelenggaraan dan kaedah-kaedah menjalankan eksperimen
                 kromatografi  cecair.  Kursus-kursus  yang  dianjurkan  telah  dihadiri  oleh  pensyarah,  penyelidik
                 dan pelajar pasca siswazah. Penganjuran kursus ini menjadi platform dalam memperkenalkan
                 peralatan-peralatan berkeupayaan tinggi yang terdapat di CHEMDEF serta menggalakkan lebih
                 banyak penyelidikan dijalankan.



























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  191
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197