Page 195 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 195

Penyelidikan dan Inovasi

              BENGKEL  PEMBANGUNAN  MODUL  KEPIMPINAN
              SIRI 2 (PENASIHAT AKADEMIK & KETUA JABATAN)
              Bengkel  Pembangunan  Modul  Kepimpinan  Siri  2  ini
              adalah  lanjutan  daripada  bengkel  Siri  1  yang  lepas
              untuk  membincangkan  hasil  dapatan  kajian  serta
              pendokumentasian.  Bengkel  ini  telah  dihadiri  oleh  wakil
              Penasihat  Akademik  dan  Ketua  Jabatan  daripada  setiap
              fakulti dan pusat. Setiap peserta memperoleh sijil penyertaan
              di  akhir  bengkel.  Penceramah  bengkel  adalah  daripada
              Bahagian Competency Based Talent Management (CBTM)
              yang telah dilaksanakan di Pusat Marin pada 31 Mac 2022.
              CERAMAH  SANTAPAN  ROHANI  OLEH  PENGARAH
              PUSAT      KEPIMPINAN        DAN     PEMBANGUNAN
              PROFESIONAL
              Ceramah  bertajuk  “Al-Quran  Penyuluh  Kehidupan”  telah
              disampaikan  oleh  Pengarah  Pusat  Kepimpinan  dan
              Pembangunan  Profesional  dalam  slot  Santapan  Rohani
              bersempena  Program  Ihya’  Ramadhan  1443H  /  2022M
              anjuran  Pusat  Islam  UPNM.  Ceramah  dalam  bentuk
              rakaman ini telah ditayangkan secara atas talian pada 12
              April 2022 melalui Facebook Pusat Islam UPNM pada jam
              10.00 pagi.
              PERBINCANGAN PELAKSANAAN SESI 4 LIBAT URUS
              AKEPT & UNIVERSITI AWAM (SLUA)
              Pusat  Kepimpinan  dan  Pembangunan  Profesional  telah
              mengadakan  satu  perbincangan  bersama  AKEPT  bagi
              membincangkan pelaksanaan Siri 4 SLUA. Hasil daripada
              perbincangan,  sekretariat  SLUA  daripada  UPNM  dan
              AKEPT,  lawatan  ke  empat  buah  Universiti  Awam  (UA)
              terpilih  telah  diputuskan  dalam  pembentangan  program
              kepimpinan oleh UA pada penganjuran bengkel Siri 2 yang
              lalu.  Empat  UA  yang  terpilih  adalah  Universiti  Malaysia
              Kelantan,  Universiti  Malaysia  Sarawak,  Universiti  Sains
              Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.
              TEMUDUGA VISA PEGAWAI KADET BAGI PROGRAM
              2022  JOHN  MCCAIN  STUDY OF THE U.S. INSTITUTE
              (SUSI)
              Seramai enam orang Pegawai Kadet UPNM telah terlibat
              dengan temuduga visa bersama pihak Kedutaan Amerika
              Syarikat  bagi  program  2022  John  McCain  Study  of  the
              United States Institute (SUSI) yang dijadualkan pada Julai
              2022.  Pegawai  kadet  terlibat  adalah  Muhammad  Amree
              Aqiel bin Zyreemy (FKJ), Shahreen Najiha binti Nasharuddin
              (FPPP),  Deborah  Anak  Meik  (FSTP),  Nur  Anisah  binti
              Anuar (FPPP), Muhammad Harith bin Mohd Nazrul Aman
              (FSTP) dan Tweshaa Devi a/p Jelvarajah (Pusat Bahasa).
              Temuduga ini telah dilaksanakan di Bangunan Kedutaan
              Amerika Syarikat, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2022.




                194   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200