Page 199 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 199

Penyelidikan dan Inovasi

              TEMUDUGA PERINGKAT UPNM PEMILIHAN CALON
              PEGAWAI  KADET  BAGI  PROGRAM  2023  JOHN
              MCCAIN STUDY OF THE U.S. INSTITUTE (SUSI)
              Seramai  8  orang  Pegawai  Kadet  telah  terlibat  dengan
              temuduga di peringkat UPNM bagi menghadiri program
              2023 John McCain Study of the U.S. Institute (SUSI) di U.S.A.
              Kesemua  calon  ini  kemudian  telah  hadir  untuk  proses
              temuduga di Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat. PKDT
              yang melepasi saringan tersebut sahaja yang akan berjaya
              menyertai  program  tersebut.  Temuduga  di  peringkat
              UPNM ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Naib
              Canselor  (Penyelidikan  dan  Inovasi)  bertempat  di  Bilik
              Mesyuarat Pusat Islam pada 26 Oktober 2022.
              PERBINCANGAN               BERSAMA            AGENSI
              PENGUATKUASAAN  MARITIM  MALAYSIA  UNTUK
              MENDAPATKAN  MAKLUMBALAS  PROJEK  HOVER
              WING-IN-GROUND CRAFT
              Pada  9  Mac  2022  bertempat  di  Stesen  Udara  Maritim
              Subang,  satu  perbincangan  telah  diadakan  bersama
              Agensi  Penguatkuasaan  Maritim  Malaysia  (APMM).
              Tujuan  perbincangan  ini  diadakan  adalah  mendapatkan
              maklum balas berkaitan projek penyelidikan yang sedang
              dijalankan,  projek  pembangunan  Hover  Wing-In-Ground
              Craft. Maklum balas daripada pihak APMM amatlah penting
              terutamanya bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan
              Transdisiplinari  (TRGS)  Kementerian  Pengajian  Tinggi.
              Selain  sesi  perbincangan,  kumpulan  penyelidik  telah
              dibawa melawat sekitar Stesen Udara Maritim APMM dan
              diberi taklimat berkaitan pengoperasian pesawat.


              KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA CODRAT DAN PERHILITAN

              Pada 28 Jun 2022, Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT) telah dijemput ke
              satu sesi perbincangan bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
              Semenanjung (PERHILITIAN) di Ibu Pejabat Perhilitan, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Menerusi
              perbincangan  ini,  kedua-dua  pihak  bersetuju  untuk  mengadakan  kerjasama  berkaitan  di
              Jadual 46:

               Jadual 46:        Kerjasama Penyelidikan antara CODRAT dan Perhilitan


              No.                   Aktiviti                                   Perincian
               1.     Latihan/kursus reconnaissance dan survey   Memberi pendedahan tentang keupayaan asas
                                (Penguatkuasaan)                 untuk menavigasi dan beroperasi dengan
                                                               berjalan kaki atau kenderaan meliputi kawasan
                                                                              yang sukar.
               2.      Latihan pengendalian dron - Kawasan       Melibatkan teknikal dan senggaraan dron,
                                  Perlindungan                  simulator pengendalian dron, asas fotografi
                                                               udara, latihan praktikal bagi menguji keupayaan
                                                                    peserta dalam mengendalikan dron.
               3.         Pemasangan tag pada gajah liar       Alat khusus yang tahan lama dan terkini untuk
                                                                     mengesan kedudukan gajah liar.


                198   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204