Page 197 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 197

Penyelidikan dan Inovasi

                                                        2022  JOHN  MCCAIN  STUDY OF THE U.S.
                                                        INSTITUTE (SUSI)
                                                        Pusat  Kepimpinan  dan  Pembangunan  Profesional
                                                        telah  ditugaskan  untuk  menguruskan  penglibatan
                                                        Pegawai Kadet UPNM ke 2022 John McCain Study
                                                        of  the  U.S.  Institutes  (SUSI)  for  Student  Leaders
                                                        Program  yang  diurus  setiakan  oleh  Nevada
                                                        Universiti, Reno, Amerika Syarikat. Progam selama
                                                        lima  minggu  ini  telah  bermula  pada  18  Jun  -  22
                                                        Julai 2022 melibatkan enam orang Pegawai Kadet
                                                        UPNM iaitu Muhammad Amree Aqiel bin Zyreemy
                                                        (FKJ),  Shahreen  Najiha  binti  Nasharuddin  (FPPP),
                                                        Deborah Anak Meik (FSTP), Nur Anisah binti Anuar
                                                        (FPPP), Muhammad Harith bin Mohd Nazrul Aman
                                                        (FSTP)  dan  Tweshaa  Devi  a/p  Jelvarajah  (Pusat
                                                        Bahasa).
                                                        SESI  4  LIBAT  URUS  AKEPT  -  UNIVERSITI
                                                        AWAM  (SLUA)  BERSAMA  UNIVERSITI  SAINS
                                                        MALAYSIA (USM)

                                                        Sesi 4 Libat Urus AKEPT - Universiti Awam (SLUA)
                                                        bersama  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  telah
                                                        dilaksanakan pada 25 Julai 2022 di Kampus USM.
                                                        Tuan  rumah  telah  membentangkan  program-
                                                        program  kepimpinan  yang  dilaksanakan  di  USM
                                                        dengan terperinci. Program turut dihadiri oleh Naib
                                                        Canselor  USM,  delegasi  daripada  AKEPT  diketuai
                                                        oleh Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi dan
                                                        sekretariat UPNM serta wakil unit latihan daripada
                                                        semua Universiti Awam.

              SESI 4 LIBAT URUS AKEPT - UNIVERSITI AWAM (SLUA) BERSAMA UNIVERSITI SAINS
              ISLAM MALAYSIA (USIM)
              Sesi 4 Libat Urus AKEPT - Universiti Awam (SLUA) bersama Universiti Sains Islam Malaysia
              (USIM) telah dilaksanakan pada 10 Ogos 2022 di Bangunan Canselori USIM. Tuan rumah telah
              mempersembahkan program-program kepimpinan yang dilaksanakan USM dengan terperinci
              oleh  Pegawai  Unit  Latihandari  Pejabat  Pendaftar  USIM.  Program  ini  turut  dihadiri  oleh  Naib
              Canselor USIM, delegasi daripada AKEPT diketuai oleh YBrs. Pengarah AKEPT dan sekretariat
              UPNM serta wakil Unit Latihan daripada semua Universiti Awam.























                196   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202