Page 200 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 200

Penyelidikan dan Inovasi

                 Lanjutan daripada perbincangan yang telah dijalankan, penyelidik CODRAT telah membentangkan
                 cadangan kajian rintis (pilot study) bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada 1
                 Ogos 2022.
                 Penyelidik CODRAT turut dijemput untuk menghadiri Bengkel Pelan Tindakan Konservasi Gajah
                 Semenanjung Malaysia 2023 - 2032 yang telah dijalankan pada 27 hingga 29 September 2022
                 bertempat di Hotel Avilion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini bertujuan
                 mendapatkan  pandangan  serta  cadangan  bagi  merangka  strategi  dan  pelan  tindakan  yang
                 sesuai  untuk  dimasukkan  dalam  Pelan  Tindakan  Konservasi  Gajah  Semenanjung  Malaysia
                 (NECAP 2.0) yang akan dilaksanakan tahun 2023 sehingga tahun 2032. Bengkel ini melibatkan
                 semua Pengarah Bahagian Ibu Pejabat PERHILITAN, Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri dari
                 tujuh buah negeri yang mempunyai populasi Gajah Asia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
                 (KeTSA), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), PLAN Malaysia, Jabatan Hidupan
                 Liar Sabah dan Asian Elephant Specialist Group (AsESG).





















                 BENGKEL HIGH-SPEED AERODYNAMICS KNOWLEDGE TRANSFER

                 Bengkel  High-Speed  Aerodynamics  Knowledge  Transfer  telah  dijalankan  pada  30  Mac  2022
                 bertempat di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti
                 yang  telah  dirancang  dalam  geran  Newton-Ungku  Omar  STFC  (tajaan  bersama  Kerajaan
                 Malaysia dan United Kingdom) yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan bin Saad.
                 Bengkel ini telah mengumpulkan penyelidik dan pakar dalam bidang aerodynamics daripada
                 Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Univesiti Putra Malaysia, Universiti Islam
                 Antarabangsa Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
                 dan Universiti Teknologi Mara. Setiap penyelidik telah membentangkan fasiliti dan penyelidikan
                 berkaitan bidang aerodynamics di institusi masing-masing bertujuan mencari peluang kerjasama
                 penyelidikan antara satu sama lain pada masa hadapan.
























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  199
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205