Page 196 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 196

Penyelidikan dan Inovasi

               14   INTERNATIONAL  CONFERENCE  ON  HUMANITIES
                 th
               AND SOCIAL SCIENCES (ICHISS) 2022
               Pengarah    Pusat   Kepimpinan     dan   Pembangunan
               Profesional  (CLPD)  tidak  melepaskan  peluang  untuk
               terlibat dalam pembentangan 14  International Conference
                                              th
               On  Humanities  and  Social  Sciences  (ICHiSS)  2022  yang
               berlangsung  pada  19-20  Mei  2022  secara  dalam  talian.
               CLPD  telah  menghantar  dua  pembentangan  iaitu
               daripada  Pengarah  dan  Felo  Penyelaras  ke  persidangan
               antarabangsa ini. Pengarah telah membentangkan kertas
               bertajuk “Military Crises Responses to Covid-19”.
               SESI  4  LIBAT  URUS  AKEPT  &  UNIVERSITI  AWAM
               (SLUA) BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
               Sesi 4 Libat Urus AKEPT - Universiti Awam (SLUA) bersama
               Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah dilaksanakan pada
               23 Mei 2022 di Bangunan Canselori UMK. Tuan rumah telah
               membentangkan  program  kepimpinan  yang  dilaksanakan
               di  UMK  dengan  terperinci.  Program  telah  dihadiri  oleh
               delegasi daripada AKEPT diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azila
               binti Ahmad Sarkawi dan sekretariat UPNM serta wakil unit
               latihan  daripada  semua  Universiti  Awam.  Pendaftar  UMK
               juga turut serta dalam lawatan yang diadakan ini.
               JEMPUTAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT BAGI SESI
               “PRESENTATION OF CERTIFICATES OF APPOINTMENT
               AND SEND-OFF CEREMONY, U.S. SERVICE ACADEMY
               CLASS OF 2026”
               Kedutaan  Amerika  Syarikat  telah  menjemput  Pusat
               Kepimpinan  dan  Pembangunan  Profesional  ke  sesi
               “Presentation of Certificates of Appointment and Send-Off
               Ceremony, U.S. Service Academy Class of 2026” pada 8 Jun
               2022 bertempat di Kediaman Kedutaan Amerika Syarikat,
               Kuala Lumpur. Seramai empat Pegawai Kadet berpeluang
               untuk menyertai U.S. Service Academy iaitu Edlan Mikyad
               bin Ahmad Syamly (U.S. Military Academy), Qarin Loqman
               bin Safriza (U.S. Naval Academy), Muhamad Danish Imran
               bin  Zainudin  (U.S.  Naval  Academy)  dan  Zarif  bin  Mohd
               Zamrin (U.S. Airforce Academy).
               SESI  4  LIBAT  URUS  AKEPT  -  UNIVERSITI  AWAM
               (SLUA) BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
               (UNIMAS)

               Sesi 4 Libat Urus AKEPT - Universiti Awam (SLUA) bersama
               Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) telah dilaksanakan
               pada 7 Julai 2022 di Kampus UniMAS. Tuan rumah telah
               membentangkan  program-program  kepimpinan  yang
               dilaksanakan  oleh  UNIMAS  Leadership  Centre.  Program
               telah dihadiri oleh delegasi daripada AKEPT diketuai oleh
               YBrs. Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi dan Ketua
               Program  iaitu  Puan  Fazielah  binti  Mohamad,  Pendaftar
               UPNM, sekretariat UPNM serta wakil unit latihan daripada
               semua Universiti Awam.
                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  195
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201