Page 193 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 193
Penyelidikan dan Inovasi
LAWATAN TAPAK KE KEM KONGKOI UPNM OLEH
AKADEMI KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI
(AKEPT)
Lawatan tapak ke Kem Kongkoi adalah bertujuan untuk
melihat kemudahan fasiliti kem bagi tujuan program
Professional Character and Competency Building
(ProCCB) yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama
daripada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi
(AKEPT). Program ini akan melibatkan wakil-wakil
daripada unit latihan Universiti Awam seluruh negara.
Delegasi AKEPT bagi lawatan ini diketuai oleh YBrs.
Prof. Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan
Pengarah Pusat Pembangunan Kepimpinan AKEPT
manakala pihak UPNM telah diwakili oleh YBrs. Kol Dr.
Hj. Zahimi bin Zainol Abidin, Pengarah Pusat Kepimpinan
dan Pembangunan Profesional. Lawatan selama satu
hari ini berakhir pada 12 Januari 2022 jam 4.00 petang.
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN
BENGKEL PEMBENTANGAN PROGRAM
KEPIMPINAN UNIVERSITI AWAM
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Bengkel
Pembentangan Program Pembangunan
Kepimpinan, Sesi 2 Libat Urus AKEPT - Universiti
Awam (SLUA) telah dilaksanakan pada 19 Januari
2022 bagi membincangkan pembahagian tugas
kepada semua urusetia yang terlibat. Program
ini melibatkan wakil daripada Pejabat Bendahari,
Pejabat Pendaftar, Bahagian Teknologi Maklumat
dan Komunikasi serta Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan.
BENGKEL PEMBENTANGAN PROGRAM
KEPIMPINAN UNIVERSITI AWAM, SESI 2 LIBAT
URUS AKEPT DAN UNIVERSITI AWAM (SLUA)
Bengkel Pembentangan Program Kepimpinan
Universiti Awam, Sesi 2 Libat Urus AKEPT dan Universiti
Awam (SLUA) ini melibatkan semua wakil Unit Latihan
Universiti Awam bagi membentangkan modul program
kepimpinan Universiti masing-masing dan akan dinilai
oleh panel penilai yang dilantik. Bengkel ini turut dihadiri
oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi sebagai panel
penilai iaitu Encik Husaini Amir bin Azizan, Timbalan
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia dan YBhg. Pengarah AKEPT. Bengkel selama
2 hari ini telah dilaksanakan di Hotel Royale Chulan,
Kuala Lumpur pada 27-28 Januari 2022.
192 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia