Page 188 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 188

Penyelidikan dan Inovasi

                 CDISS  STRATEGIC  DIALOGUE  WEBINAR  BERJUDUL  “CLIMATE  CHANGE  AND  THE
                 MALAYSIAN ARMED FORCES: OPPORTUNITIES AND CHALLENGES”
                 Pada 1 Julai 2022, CDISS telah menganjurkan CDISS Strategic Dialogue Webinar berjudul “Climate
                 Change and the Malaysian Armed Forces: Opportunities and Challenges” melalui platform ZOOM.
                 Webinar ini melibatkan Lt Jen Dato' Fadzil bin Mokhtar (Bersara), Felo Pengajar CDISS sebagai ahli
                 panel manakala Prof. Dato' Dr. Jesbil Singh, Felo Penyelidik CDISS sebagai moderator. Webinar
                 ini  telah  membincangkan  tentang  peranan  dan  cabaran  Angkatan  Tentera  Malaysia  dalam
                 menangani isu perubahan iklim yang merupakan kesinambungan daripada pembentangan dalam
                 Track II Network ASEAN of Defence and Security Institutions (NADI) Workshop on ’Addressing
                 Climate Change Holistically: Way Forward for Defence-Focused Contribution.’.
























                 LAWATAN DARIPADA DELEGASI AUSTRALIAN COMMAND & STAFF COLLEGE (ACSC)
                 Pada  6  Julai  2022,  CDISS  telah  menerima  lawatan  dari  delegasi  Australian  Command  and
                 Staff College (ACSC) seramai 14 orang yang terdiri daripada Directing Staff (DS) dan peserta
                 kursus (CP). Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan bagi melengkapkan hasil
                 pembelajaran yang berkaitan dengan kurikulum kolej selain memberi tumpuan kepada hubungan
                 dua hala antara Australia-Malaysia. Selain itu ia bertujuan untuk memupuk pemahaman yang
                 lebih mendalam tentang hubungan pertahanan dua hala dengan mendedahkan peserta kursus
                 kepada pelbagai agensi kerajaan, organisasi pertahanan dan pelbagai rakan bicara lain. Pada sesi
                 lawatan tersebut, satu sesi dialog telah diadakan di antara delegasi ACSC bersama CDISS yang
                 membincangkan isu-isu strategik dan kontemporari berkaitan pertahanan dan keselamatan.




























                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  187
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193