Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 59

58
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Kekuatan Pegawai Kadet Mengikut Batalion
gambar rajah
2
Sistem Pentadbiran Batalion
Sistem Pentadbiran Batalion.
Sistem ini mula dilaksanakan pada tahun 2009 dan diguna sehingga
kini. Melalui sistem ini, Pegawai Kadet dari Tahun 1 hingga Tahun 4
diletakkan bersama dalam satu batalion yang dipertanggungjawabkan
kepada seorang Ketua Batalion berpangkat Mejar, tiga orang Ketua Terup
berpangkat Kapt dan setaraf dan 3 hingga 4 orang Jurulatih berpangkat
PW 2/SSjn/Sjn dan setaraf. Secara amnya, batalion mentadbir hal-ehwal
seperti berikut:
Pemantauan Disiplin dan Kehadiran Kelas.
Batalion bertanggungjawab memastikan tahap disiplin Pegawai
Kadet naungan mereka sentiasa berada di tahap yang tinggi.
Sebarang masalah kehadiran kelas akademik akan dilaporkan oleh
pihak akademik kepada batalion.
Kebajikan Pegawai Kadet.
Pihak batalion juga bertanggungjawab dalam menentukan
kebajikan Pegawai Kadet diurus denganw baik. Aduan yang diterima
dari batalion akan disalurkan kepada pihak MK ALK sebelum
dibawa ke pengetahuan Komandan. Setiap bulan batalion
mengadakan mesyuarat kebajikan bagi mengutarakan isu
permasalahan semasa Pegawai Kadet.
Sistem Pemegang Pangkat.
Sistem Pemegang Pangkat yang dilaksanakan di UPNM adalah
sistem baru yang telah diperkenalkan oleh Naib Canselor UPNM.
Pemegang Pangkat Pegawai Kadet terdiri dari Pegawai Rendah
Kanan (PRK), Pegawai Rendah Muda (PRM), Kadet Sarjan Mejar
Rejiman (SMR), Kadet Sarjan Mejar Kompeni (SMK), Kadet Sarjan
dan Kadet Koperal. Pemilihan perjawatan baru Pegawai Kadet akan
dilaksanakan oleh MK BLK pada setiap hujung Semester 2 pengajian
Ketenteraan
1...,49,50,51,52,53,54,55,56,57,58 60,61,62,63,64,65,66,67,68,69,...146
Powered by FlippingBook