Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 53

52
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Kejohanan MALAKOFF Powerman Asian Duathlon Championship 2013
KejohananMalakoff Powerman Asian Duathlon Championship 2013 yang telah disertai seramai 37 orang pegawai
kadet yang berlangsung pada 27 Oktober 2013 bertempat di Putrajaya. Kejohanan Malakoff Powerman Asian
Duathlon Championship 2013 ini dianjurkan oleh Powerman. Kejohanan ini adalah antara kejohanan tahunan
yang disertai oleh Kelab Sukan Lasak UPNM. Pada tahun ini peserta telah melakarkan keputusan terbaik dimana
bagi kategori Mixed Relay tempat ke 4, Men’s Sprint tempat ke 6 dan Men’s 20 - 29 tempat 13.
Rangkul 11 Emas, 6 Perak dan 2 gangsa
Kejohanan Pencak Silat IPT Dan Jemputan Piala TNC HEPA Pendekar Seabad 8 telah berlangsung di Dewan
Semarak Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 4 hingga 8 Disember 2013 yang lalu. Kejuaraan
Pencak Silat ini telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia UM dengan kerjasama Persekutuan
Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Pasukan Pencak Silat UPNM telah menghantar 2 pasukan penyertaan
dalam Kategori Terbuka Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerana pertandingan kategori terbuka dibatalkan akibat
kurang penyertaan. Pasukan Pencak Silat UPNM terdiri daripada 38 atlet iaitu 27 lelaki dan 15 wanita.
Pesilat UPNM telah menunjukkan prestasi yang baik terutama pesilat baru yang diketengahkan bagi tujuan
pembangunan. Manakala, atlet elit telah menunjukkan kematangan di dalam gelanggang dan berjaya
menguasai perlawanan. Kejohanan ini telah disertai oleh 9 pasukan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Politeknik Ungku Omar (PUO), Al-Bukhary International University dan beberapa IPT yang lain termasuk
Universiti Malaysia sendiri sebagai tuan rumah.
Pasukan Pencak Silat UPNM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan apabila merangkul 11 Emas, 6 Perak
dan 2 Gangsa. Kejayaan ini adalah hasil dari perit jerih atlet-atlet berlatih dibawah pimpinan dan tunjuk ajar
jurulatih yang berpengalaman. Atlet UPNM juga telah menampakkan kematangan dalam persembahan di dalam
gelanggang. Tidak kurang hebat, Pesilat pelapis juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Semoga
kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dikekalkan hasil dari kerjasama yang baik daripada semua pihak di
UPNM.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,43,44,45,46,47,48,49,50,51,52 54,55,56,57,58,59,60,61,62,63,...146
Powered by FlippingBook