Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 62

61
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP).
LKP adalah latihan ketenteraan yang dilaksanakan pada Semester III selama 4 minggu iaitu pada 2 Jul hingga
31 Julai 13. Ketika ini semua Pegawai Kadet dihantar di Pusat Perkhidmatan masing-masing. Seramai 420
Pegawai Kadet Darat iaitu 252 Pegawai Kadet Tahun 1 dan 168 Pegawai Kadet Tahun 2 telah mengikuti
latihan ketenteraan di Kolej Tentera Darat (KTD). Seramai 102 Pegawai Kadet Laut iaitu 84 Pegawai Kadet
Tahun Satu dan 18 Pegawai Kadet Tahun Dua telah mengikuti latihan ketenteraan di KDSI I. Manakala
Pegawai Kadet Laut yang mengambil jurusan Sains Nautika mengikuti latihan di Kapal-Kapal TLDM. Bagi
Pegawai Kadet Udara, seramai 169 Pegawai Kadet Udara iaitu 87 Pegawai Kadet Tahun 1 dan 82 Pegawai
Kadet Tahun 2 telah mengikuti latihan ketenteraan di KTU. Latihan dilaksanakan berpandukan kepada RPL
setiap pusat latihan perkhidmatan masing-masing.
Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA).
Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) dilaksanakan selepas Pegawai Kadet menamatkan pengajian
akademik. Tempoh latihan lebih kurang 6 bulan iaitu bermula dari 2 Julai hingga 31 Disember 13 bagi
menyediakan bakal-bakal pegawai dengan ilmu pengetahuan ketenteraan yang diperlukan apabila
ditauliahkan. Semua Pegawai Kadet Tahun Akhir akan mengikut latihan ketenteraan di Pusat Latihan
Perkhidmatan masing-masing. Seramai 211 Pegawai Kadet Darat menjalani latihan di KTD, 49 Pegawai
Kadet Laut menjalani latihan di KDSI dan seramai 46 Pegawai Kadet Udara menjalani latihan di KTU. Latihan
dilaksanakan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) setiap pusat latihan perkhidmatan
masing-masing.
Eksesais/Aktiviti Ketenteraan.
Sepanjang tahun 2013, Pegawai Kadet diwajibkan menghadiri eksesais yang dijalankan di kolej
perkhidmatan masing-masing. Selain itu, Pegawai Kadet Tahun Akhir telah menjalani Latihan Keyakinan
Diri di PULPAK pada 2 Julai hingga 14 Julai 13 sebagai persediaan dan pendedahan berkenaan dengan
latihan yang dilaksanakan oleh pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia.
Sukan Ketenteraan.
Sukan ketenteraan adalah salah satu aktiviti yang dilaksanakan di UPNM yang dianjurkan oleh batalion-
batalion di bawah ALK mengikut penggiliran. Sukan ketenteraan merupakan salah satu kriteria bagi
sesebuah batalion dinobatkan Anugerah Batalion DiRaja UPNM. Kriteria untuk anugerah Batalion DiRaja
melibatkan sistem merit melalui kejayaan dalam penglibatan sukan universiti dan sukan ketenteraan,
penglibatan dengan aktiviti-aktiviti universiti, pengurusan dan pentadbiran Pegawai Kadet di batalion.
Pada Tahun 2013, Batalion Jebat berjaya memperolehi gelaran sebagai Batalion DiRaja. Keputusan sukan
adalah seperti di jadual 17.
jadual
17
Ketenteraan
Keputusan Sukan Ketenteraan Bagi Tahun 2013
1...,52,53,54,55,56,57,58,59,60,61 63,64,65,66,67,68,69,70,71,72,...146
Powered by FlippingBook