54
Laporan Tahunan 2013
UPNM
ketenteraan
KETENTERAAN
Kewujudan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di UPNM
adalah sebagai satu pasukan yang menyelaras aspek latihan
Pegawai Kadet dari ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Darat, Laut
dan Udara dan juga Pegawai Kadet PALAPES.
ALK juga bertanggungjawab mengkoordinasikan latihan
Pegawai Kadet dengan pusat-pusat latihan angkatan tentera
dan agensi kerajaan yang lain. ALK dibentuk menjadi
badan perhubungan dan informasi antara UPNM dengan
Kementerian Pertahanan dan segala polisi angkatan tentera
akan selari dengan tujuan sebenar penubuhan UPNM iaitu
sebagai sebuah universiti yang akan melahirkan pemimpin
yang berwawasan dan berkeyakinan.
Pada tahun 2013, ALK masih mematuhi segala dasar dan polisi
yang telah digariskan sebagaimana tahun sebelumnya dalam
melaksanakan tanggungjawab yang merangkumi kepada tiga
aspek utama iaitu aspek Pentadbiran, Latihan dan Logistik.
Pentadbiran
Keanggotaan Jurulatih dan Staf ALK
Pada Tahun 2013, kekuatan keseluruhan Jurulatih dan Staf
ALK adalah seramai 49 Pegawai dan 150 Lain-lain Pangkat
sepertimana Gambar Rajah 1.
Kekuatan Jurulatih dan Staf ALK Tahun 2013
gambar rajah
1
Staf
Jurulatih
Ketenteraan