Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 48

47
Laporan Tahunan 2013
UPNM
SOROTAN AKTIVITI
Sukan Antara Fakulti (SUKAF) 2013
Sukan Antara Fakulti (SUKAF) 2013 telah diadakan pada 4 hingga 18 Mac 2013 di sekitar UPNM. SUKAF 2013
ini adalah julung kali diadakan bagi mencapai objektif 1 UPNM di mana acara sukan dipertandingkan antara 4
Fakulti dan 1 Pusat iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Fakulti
Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan dan Pusat Asasi Pertahanan.
Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak
Takraw, Tenis, Ping Pong dan Larian. Format pertandingan adalah bermain secara liga bagi setiap sukan yang
dipertandingkan dan markah akan dikira secara keseluruhan bagi menentukan pemenang bagi SUKAF 2013.
Objektif yang telah dicapai melalui SUKAF 2013 adalah memupuk budaya 1 UPNM dimana pelajar awam dan
Pegawai Kadet digandingkan dalam satu pasukan mengikut Fakulti, menggalakkan dan mengekalkan hubungan
muhibbah dikalangan pelajar UPNM dan membudayakan sukan dikalangan pelajar UPNM.
Pada 4 Mac 2013, Mesyuarat Pengurus Pasukan dan cabutan undi telah diadakan di Dewan Bestari pada jam
5.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengurus pasukan dan para pengadil. Perlawanan telah
bermula pada 5 Mac 2013 hingga 18 Mac 2013 di sekitar UPNM. Pengadil bagi SUKAF 2013 ini telah dilantik
dikalangan Jurulatih daripada Cawangan Jasmani ALK. Bantuan ambulan dan
first aider
telah dibantu oleh pihak
Pusat Kesihatan UPNM. Exco Sukan MPP telah membantu pihak Pusat Sukan dari segi pendaftaran dan bantuan
25 orang sukarelawan. Majlis Penyampaian Hadiah SUKAF 2013 kepada pemenang telah diadakan di Dewan
Bestari pada 20 Mac 2013.
Kejohanan Kenyir Lake International Triathlon 2013
Seramai 24 orang dari Kelab Sukan Lasak bersama seorang pengiring telah menyertai Kenyir Lake International
Triathlon 2013 pada 9 sehingga 10 Mac 2013 bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu. Kenyir
Lake International Triathlon 2013merupakan aktiviti sukan peringkat antarabangsa dan dianjurkan oleh TriSportz
Event Management Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH. Kejohanan ini merangkumi 1.6 km berenang, 45 km
berbasikal dan 11 km larian.
Tujuan penyertaan Kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada ahli Kelab Sukan
Lasak UPNM untuk bertanding di peringkat antarabangsa dan persekitaran yang lebih mencabar selain untuk
mengenal pasti atlet yang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta yang mempunyai prestasi bagi
mewakili UPNM pada kejohanan akan datang.
Atlet Kelab Sukan Lasak UPNM adalah antara peserta yang digeruni sepanjang perlawanan berlangsung.
Kemenangan ini hasil daripada usaha dan semangat tidak mengerti erti penat dan lelah yang ditunjukkan oleh
para atlet UPNM yang bertanding.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 49,50,51,52,53,54,55,56,57,58,...146
Powered by FlippingBook