Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 50

49
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Tumpuan diberikan kepada Kategori IPT membuahkan kejayaan apabila UPNM dinobatkan sebagai
Juara Keseluruhan dengan memungut 7 Emas, 6 Perak dan 5 Gangsa. Manakala Pasukan B juga,
telah menonjol dengan pungutan 1 pingat Emas, 2 Perak dan 5 Gangsa menduduki tempat ke-5
keseluruhan. Kejayaan ini telah mendapat liputan media dan membanggakan UPNM. Kejayaan
ini adalah hasil dari perit jerih atlet-atlet berlatih dibawah pimpinan dan tunjuk ajar jurulatih
yang berpengalaman. Kerjasama yang baik dari semua pihak di UPNM terutama Pihak ALK, Pihak
Akademik, Pusat Kesihatan dan Unit Kenderaan juga menyumbang kepada kemenangan ini.
Kejohanan Xterra Triathlon Putrajaya 2013
Seramai 9 orang pegawai kadet telah menyertai Xterra Triathlon 2013 yang berlangsung pada
27 sehingga 28 April 2013 bertempat di Kompleks Sukan Air Putrajaya. Xterra Triathlon 2013 ini
merupakan kejohanan peringkat antarabangsa dan dianjurkan oleh TriSportz Event Management
Sdn Bhd dengan kerjasama Xterra. Kejohanan ini merangkumi kategori triathlon sprint dan triathlon
world championship. Bagi kategori trail run pula, terdapat 11 km dan 5 km.
Atlet Kelab Sukan Lasak UPNM adalah antara peserta yang digeruni sepanjang perlawanan
berlangsung. Peserta UPNM berjaya membawa pulang 2 pingat kemenangan. Kemenangan ini hasil
daripada usaha dan semangat tidak mengerti erti penat dan lelah yang ditunjukkan oleh para atlet
UPNM yang bertanding.
Kejohanan Xterra Triathlon 2013 ini juga disertai oleh negara luar seperti Denmark, Hong Kong,
USA, Australia, Jepun dan banyak lagi.Kejohanan ini merupakan siri jelajah di beberapa buah negara
termasuk Malaysia. Kejohanan terbuka kepada 4 kategori ini mendapat sambutan hangat dimana
banyak penyertaan bagi acara Traithlon World Championship. Peserta UPNM memberikan saingan
dan telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori 18-24 tahun.
Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta
dari UPNM adalah tempat kedua kategori lelaki
terbuka 18-24 tahun iaitu Pegawai Kadet Aizul Fahmi
Bin Jamaludin dan membawa pulang voucher Books
sebanyak RM200. Tempat ketiga pula dimenangi
oleh Pegawai Kadet Zulkarnain Bin Mahadi dan
membawa pulang voucher Books sebanyak RM 100.
2013 Subic Bay ASTC Asian Triathlon Championship
Pada 27 hingga 29 April 2013 yang lepas, seorang
atlet UPNM telah mewakili Malaysia ke 2013 Subic
Bay Astc Asian Triathlon Championship yang telah
berlangsung di Subic Bay, Filipina. Pegawai Kadet Lim
Shimri, iaitu pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan telah mewakili Triathlon Malaysia ke
kejohanan ini dan bertanding dibawah kategori Elite
Lelaki U23.
Kejohanan ini telah disertai oleh peserta dari
negara Jepun, Korea, China, Kazakstan, Taiwan,
Iran, Lebanon dan Singapura dengan menyasarkan
kelayakan ke kejohanan Olimpik. Lim Shimri telah
merangkul tempat ke-19 dengan catatan masa 2
jam, 17 minit dan 45 saat dimana catatan ini lebih
baik berbanding dengan catatan pada kejohanan
yang lepas. Diharapkan agar penyertaan ini dapat
menambahkan pengalaman dan meningkatkan
prestasi atlet ini untuk menghadapi kejohanan yang
akan datang disamping menaikkan nama UPNM dan
seterusnya nama Malaysia dalam sukan triathlon ini.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,40,41,42,43,44,45,46,47,48,49 51,52,53,54,55,56,57,58,59,60,...146
Powered by FlippingBook