Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 49

48
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Kemenangan yang berjaya dirangkul oleh peserta
dari UPNM adalah tempat pertama kategori lelaki
terbuka 18-26 tahun iaitu Pegawai Kadet Lim Shimri
dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.
Pasukan relay pula mendapat tempat ketiga kategori
berganti-ganti lelaki terbuka iaitu Pegawai Kadet Bryan
Lim Chen YI, Pegawai Kadet Muhammad Khawarizmi
Bin Abdul Shukor, Pegawai Kadet Muhammad Farris
Syaza Bin Zamri dan membawa pulang wang tunai
sebanyak RM900. Kemenangan ini telah berjaya
menaikkan nama UPNM dalam sukan triathlon di
peringkat Malaysia khususnya dan di peringkat
antarabangsa amnya. Setiap kejohanan yang disertai
dapat memberi peluang kepada ahli Kelab Sukan
Lasak UPNM untuk memperbaiki kelemahan sebagai
persediaan menghadapi kejohanan lain pada masa
akan datang.
Lawatan Kerja Pegawai Kadet/Pelajar UPNM ke
LIMA’13
Pada 27 - 29 Mac 2013, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni melalui iM4U Outreach Center UPNM
telah bertindak sebagai Jawatankuasa Penganjur
dalam melaksanakan Lawatan Kerja Pegawai Kadet/
Pelajar UPNM ke Langkawi International Maritime &
Aerospace (LIMA ’13) Exhibition. Apa yang menarik,
pihak LIMA telah memberi kebenaran khas kepada
UPNM bagi membuat lawatan pada hari kedua dan
ketiga dengan status sebagai Pelawat Perdagangan
(Trade Visitor) yang kebiasaannya hanya diberikan
kepada pelawat dari industri. (Kebiasaannya dibuka
kepada orang awam hanya pada hari keempat dan
kelima pameran).
Lawatan ini telah disertai oleh 38 orang pelajar UPNM
dan 4 pegawai pengiring iaitu En Mohd Amirul Zzaki
B Razmi dan En Mohd Azizi B Ghazali dari HEPA serta
Mejar Muhammad dan Kapten Muzaiham dari ALK.
Lawatan ini bertujuan bagi memberi pendedahan
kepada pelajar UPNM mengenai perolehan aset
pertahanan negara dari segi kemampuan dan teknologi
disamping melihat keupayaan aset pertahanan negara
jiran. Pelajar juga berpeluang menyaksikan Perjanjian
Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat
pertahanan antarabangsa. Pelajar juga berpeluang
bertemu secara dekat dengan beberapa kenamaan
negara seperti mantan Panglima ATM, mantan
Panglima TLDM, DYMM Raja Perlis dan ramai lagi.
Pameran LIMA ’13 terbahagi kepada dua iaitu Pameran
Udara dengan pertunjukan aerobatik jet pejuang di
Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan Pameran
Maritim dengan persembahan statik kapal perang
di Awana Porto Malai. Di samping itu, pelajar juga
dapat melihat aset pertahanan negara dengan jarak
dekat termasuk kapal selam negara, KD Tunku Abd
Rahman. Sesungguhnya, lawatan ini banyak memberi
pendedahan kepada pelajar UPNM dan pengetahuan
serta pengalaman sewajarnya layak dengan taraf
UPNM sebagai institusi pertahanan premier negara.
Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan
Antarabangsa (Taming Sari V) Universiti Kebangsaan
Malaysia 2013
PasukanPencakSilatUPNMtelahmenyertai Kejohanan
Pencak Silat Terbuka IPT & Jemputan Antarabangsa
UKM 2013 (Taming Sari V) yang dianjurkan oleh Pusat
Sukan UKM dengan kerjasama PESAKA bermula 3
hingga 7 April bertempat di DECTAR UKM, Bangi. Pusat
Sukan UPNM menurunkan 2 pasukan bagi menyertai
2 Kategori iaitu Terbuka IPT diwakili Pasukan A yang
terdiri daripada atlet elit manakala Kategori Terbuka
diwakili Pasukan B yang merupakan atlet junior.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,39,40,41,42,43,44,45,46,47,48 50,51,52,53,54,55,56,57,58,59,...146
Powered by FlippingBook