50
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Kejohanan Ragbi Masum 7’s International Invitation
2013
Kejohanan Ragbi peringkat antarabangsa ini
dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) dengan kerjasama Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Skudai dan Kesatuan Ragbi Malaysia
(MRU) selaku teknikal, yang telah berlangsung di
Padang Ragbi UTM pada 9 hingga 12 Mei 2013.
Penyertaan kali ini menampilkan kombinasi atlet
senior dan junior bertujuan untuk membangunkan
persefahaman dan pendedahan dengan perlawanan
yang bertaraf tinggi. Selain itu, untuk mengenal pasti
atlit-atlit yang akan mewakili UPNM ke Kejohanan
Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 nanti.
Pasukan Ragbi 7 Sebelah UPNM menjadi Naib
Johan kategori Plate iaitu secara keseluruhannya
menduduki tempat ke-6 dari 16 pasukan yang
mengambil bahagian. Keputusan yang diraih adalah
positif dan menunjukkan pambangunan sukan ragbi di
UPNM berada dilandasan yang betul kerana mampu
bersaing dengan pasukan yang mempunyai atlet yang
bertaraf kelab dan negeri. Walaupun begitu, usaha
perlu diteruskan lagi bagi memastikan kejayaan yang
dikecapi dapat dipertahankan.
Pencapaian ini juga adalah hasil kerjasama baik semua
pihak di UPNM terutama pihak Akademi Latihan
Ketenteraan (ALK) dan Pengurusan Akademik UPNM.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan supaya
mengharumkan lagi nama baik Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia.
Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan
Antarabangsa ke-4, 2013
Kejohanan Pencak Silat ini telah berlangsung di
Dewan Kolej Ungku Omar Kampus Sultan Azlan Shah,
UPSI Tanjung Malim pada 22 hingga 26 Mei 2013 yang
lalu. Kejuaraan Pencak Silat ini telah dianjurkan oleh
Pusat Sukan UPSI dan Bahagian Sukan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Persatuan
Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Perak. Pasukan
Pencak Silat UPNM telah menghantar pasukan
dalam Kategori Terbuka Institut Pengajian Tinggi
(IPT) yang melibatkan seramai 38 atlet iaitu 27 lelaki
dan 15 wanita. Penyertaan kali ini bertujuan untuk
pembangunan atlet-atlet pelapis dan atlet elit Pencak
Silat UPNM bagi mengenal pasti atlet-atlet yang akan
mewakili UPNM ke Kejohanan Karnival Sukan MASUM
2013 nanti.
Penyertaan kali ini memberikan pencapaian yang
memberangsangkan apabila Pasukan UPNM A telah
dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan Kategori
Terbuka IPT danmembawa pulang RM1000.00 dengan
pungutan pingat 3 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.
Pasukan UPNM (B) juga tidak kurang hebatnya apabila
memungut 2 Perak dan 4 Gangsa dan menduduki
tempat ke-5 keseluruhan. Selain itu, Pasukan UPNM
juga telah membawa balik Piala Pusingan anugerah
Pasukan Berdedikasi yang julung kali dianjurkan.
Tambahan lagi, salah seorang pesilat UPNM iaitu Pkdt
Muhammad Faiz Nur bin Rosli (Putera B 50-55kg)
telah dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik kejohanan.
Kejuaraan Pencak Silat ini adalah berprestij tinggi
apabila disertai 27 IPT dan 17 Pasukan terbuka dari
pasukan antarabangsa seperti Singapura, Indonesia,
Vietnam, Bangladesh dan Pesilat Malaysia. Dijangka
lebih kurang 1000 pesilat mengambil bahagian pada
kejuaraan yang dianjurkan setiap tahun ini.
Fasilitator UPNM Meraikan Program Jalinan Mesra
Bersama Anak-anak Yatim Rumah Titian Kasih,
Titiwangsa
Kasih sayang tidak datang daripada ahli keluarga
semata-mata malahan ia datang dari orang yang
prihatin dan menyayangi sesama masyarakat. Begitu
juga Fasilitator UPNM bertanggungjawab meraikan
anak-anak yatim dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa