Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 61

60
Laporan Tahunan 2013
UPNM
LTW dilaksanakan untuk menukar watak BPK dari aspek sikap dan perwatakan awam kepada tentera
terutama dalam menepati masa dan kepatuhan kepada arahan-arahan pihak atasan disamping membina
kekuatan fizikal dan mental melalui kaedah peningkatan berkala. Seramai 500 BPK tahun 2013 terlibat
dengan LTW yang dilaksanakan bermula pada 26 Mei sehingga 29 Jun 2013 iaitu selama 5 minggu. Antara
pengisian dan mata pelajaran yang diajar adalah seperti berkut:
(a) Dokumentasi.
(b) Latihan Jasmani.
(c) Pelajaran Organisasi UPNM dan ALK.
(d) Pelajaran Adat Resam Tentera.
(e) Kawad Kaki.
(f) Peraturan Wisma Pegawai Kadet.
(g) Perintah Tetap Pegawai Kadet.
(h) Ujian Kawad Kaki.
(i) Eksesais Harimau Jempol di Kem Kongkoi.
(j)
Pelajaran Organisasi dan Peranan Ketiga-tiga Perkhidmatan.
(k)
Pelajaran Senjata Styer AUG.
(l)
Latihan Menembak
Latihan Ketenteraan Umum (LKU).
Latihan Ketenteraan ini dilaksanakan untuk Pegawai Kadet bagi Tahun Asasi, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
dan Tahun 4. Kelas Ketenteraan dibahagikan mengikut tahun pengambilan Pegawai Kadet. Latihan
dilaksanakan pada hari Sabtu setiap minggu dalam 2 semester sepanjang tahun 2013. Antara silibus dan
mata pelajaran yang ditekankan adalah seperti berikut:
(a) Melaksanakan Latihan Ketahanan Mental dan Fizikal.
(b) Mengendalikan Senjata Kecil.
(c) Melaksanakan Tugas Pentadbiran, Regimental dan Anggota.
(d) Melaksanakan Latihan Kawad.
(e) Meningkatkan Kemahiran Individu.
Ketenteraan
1...,51,52,53,54,55,56,57,58,59,60 62,63,64,65,66,67,68,69,70,71,...146
Powered by FlippingBook