63
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Ujian Kecergasan Asas (UKA) dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu Ujian Penggal Pertama pada bulan Januari
dan Ujian Penggal Kedua pada bulan Jun. Ujian-ujian tersebut adalah seperti larian jarak 2.4km, bangun tubi,
lompat jauh berdiri, lari ulang alik 4 x 10m dan mendagu. Bagi lelaki markah lulus 19 markah dan perempuan 14
markah dari 25 markah penuh.
Ujian Renang.
Ujian renang dilaksanakan sekali setahun merangkumi berenang pada jarak 50m dan perapungan 3 minit.
Bagi mereka yang gagal ujian ini latihan susulan dibuat dan mereka akan diuji semula. Pada peringkat awal,
semua Pegawai Kadet akan diuji kemampuan berenang. Seterusnya, kumpulan yang tidak boleh berenang atau
mereka yang lemah akan diberi latihan sehingga mencapai tahap yang telah ditetapkan. Semua pegawai kadet
diwajibkan mengikuti latihan ini.
BMI Pegawai Kadet.
Latihan intensif telah direncana khas kepada Pegawai Kadet yang mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi
kadar index 25 ke atas. Latihan ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 1730 hingga 1830.
Latihan Jasmani Bagi Staf dan Jurulatih ALK.
Latihan jasmani bagi Staf ALK adalah pada setiap hari Selasa dan bagi Jurulatih BLK adalah pada setiap hari
Rabu mulai jam 0730 hingga 0900. Kepelbagaian dalam latihan seperti mendaki Bukit Besi dan
Cross Country
bertujuan untuk mengekalkan stamina dan ketahanan diri staf dan jurulatih.
Logistik
Penginapan Pegawai Kadet.
Penginapan Pegawai Kadet pada tahun 2013 adalah seperti berikut:
(1) Blok Jebat
-
Pegawai Kadet Lelaki Batalion Tuah dan Lekiu.
(2) Blok Kasturi
-
Pegawai Kadet Lelaki Batalion Jebat dan Kasturi.
(3) Blok Tuah -
Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Batalion Palapes.
(4) Blok Srikandi
-
Semua Pegawai Kadet Wanita.
(5) Blok Mahsuri -
Pegawai Kadet Lelaki Batalion Lekir.
(6) Blok Lekir
-
Pegawai Kadet Lelaki Batalion Lekir.
Skala Pakaian Pegawai Kadet.
Sepanjang Tahun 2013, terdapat 6 jenis pakaian Pegawai Kadet mengikut skala yang telah ditetapkan. Pakaian
Ketenteraan