62
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Latihan Ketenteraan PALAPES UPNM.
Latihan PALAPES dilaksanakan selama tiga tahun. Tahun Pertama adalah peringkat Junior, Tahun Kedua
adalah peringkat Intermidiate dan Tahun Ketiga adalah peringkat Senior. Pada dasarnya jenis latihan yang
dijalankan di PALAPES adalah mirip kepada latihan pegawai kadet angkatan tetap ATM sebagaimana yang
dilaksanakan di UPNM dan KTD. Bagi membolehkan setiap pegawai kadet melaksanakan latihan secara
progresif, PALAPES ditetapkan untuk melaksanakan latihan yang dibenarkan berdasarkan Buku Panduan
Askar Wataniah 1988. Jenis-jenis latihan yang dijalankan oleh PALAPES adalah seperti berikut:
Latihan Tempatan (LT).
Semua mata pelajaran berdasarkan peringkat masing-masing diajar semasa Latihan Tempatan. Hari
latihan yang dirancangkan hendaklah mengikut kelapangan pegawai kadet atau hari ko-kurikulum
IPT masing-masing bagi mencapai kehadiran maksimum. Bagi membolehkan catuan percuma diberi,
latihan yang dijalankan hendaklah tidak kurang dari 10 jam dan permohonan latihan/kewangan
hendaklah dimajukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Latihan Lanjutan/Berterusan (LL/LB).
PALAPES diberi tanggungjawab untuk merancang Latihan Lanjutan/Berterusan bagi keperluan
mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang memerlukan penekanan lanjut. Setiap latihan yang dijalankan
hendaklah tidak kurang dari 72 jam (3 hari).
Latihan Khemah Tahunan (LKT).
LKT merupakan kemuncak bagi segala latihan yang dijalankan setiap tahun. Di dalam latihan ini,
semua pegawai kadet akan diuji dan dinilai dalam aspek teori dan praktikal di atas apa jua pelajaran
yang telah dipelajari. Penilaian seragam akan dilaksanakan terhadap semua pegawai kadet di semua
PALAPES IPT. Semua pegawai kadet dikehendaki mengikut latihan berdasarkan latihan peringkat
masing-masing. Rancangan penilaian dan aktiviti LKT yang seragam bagi semua PALAPES IPT adalah
seperti yang ditetapkan oleh Team Penilai LKT yang dikendalikan oleh MK Latihan TD.
Latihan Tempur Tanpa Senjata.
Latihan ini dilaksanakan setiap hari Jumaat mulai jam 1500 hingga 1800 bagi melengkapkan jam kredit untuk
ditauliahkan. Latihan ini menjurus kepada Tempur Tanpa Senjata (TTS). Ianya dilaksanakan dengan menjemput
jurulatih dari luar yang berkelayakan. Setiap Pegawai Kadet akan diuji bagi mempertingkatkan gred-gred tali
pinggang mereka dari masa ke semasa. Objektif ini adalah untuk membolehkan mereka mencapai gred tali
pinggang hitam apabila ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tentera.
UKA.
Ketenteraan