Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 66

65
Laporan Tahunan 2013
UPNM
(2) Padang Bola Sepak, Hoki dan Ragbi.
(3) Kolam Renang.
(4) Gelanggang Badminton.
Infrastruktur Sukan UPNM.
UPNM mempunyai kemudahan 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang futsal atau bola baling dan mini
halangan.
Infrastruktur Latihan Ketenteraan.
UPNM masih kekurangan infrastruktur latihan ketenteraan bagi menjayakan objektif latihan seperti yang telah
digariskan. Walaubagaimanapun, usaha bagi mendapatkan kemudahan tersebut sedang giat dijalankan. Status
perkembangan adalah seperti berikut:
(1) Sirkit Merentas Halangan.
Sirkit merempuh halangan UPNM digunakan untuk latihan dan pertandingan merentas halangan.
Terdapat 16 jenis halangan yang boleh digunakan oleh Pegawai Kadet.
(2) Abseiling Tower.
Terdapat 1 Abseiling Tower yang digunakan untuk latihan keyakinan Pegawai Kadet.
(3) Lapangsasar Elektronik.
Kertas kerja bagi pembinaan Lapangsasar Elektronik telah pun diluluskan dan Jabatan Pembangunan
dan Penyelenggaraan UPNM bertanggungjawab dalam menyelia kontrak dan segala kerja pembinaan
kemudahan ini.
(4) Kawasan Latihan Medan.
Latihan medan Pegawai Kadet dilaksanakan di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan. Kem tersebut
dalam proses dinaiktaraf oleh pihak UPNM mengikut kesesuaian latihan.
(5) Pondok Skuad.
Terdapat 10 buah pondok skuad yang dibina bersebelahan dengan gelanggang tenis UPNM.
(6) Ruang Kelas bagi Pelajaran Teori Subjek Ketenteraan.
Kelas teori latihan ketenteraan diadakan di Dewan Bestari, Dewan Pendekar, Dewan Lestari dan kelas-
kelas di Bangunan Bestari.
Ketenteraan
1...,56,57,58,59,60,61,62,63,64,65 67,68,69,70,71,72,73,74,75,76,...146
Powered by FlippingBook