Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 52

51
Laporan Tahunan 2013
UPNM
“KERAS” Berekreasi di Udara
Pada 6 - 7 Julai 2013, Kelab Rekreasi Asrama dengan
kerjasama Kelab Paramotor 1 Malaysia telah
menganjurkan Kursus Pengenalan Paramotor 2013
yang berlangsung di Anglers Resort, Pulau Indah
Klang. Seramai 35 orang peserta yang terdiri dari
pelajar, kakitangan dan juga orang perseorangan telah
menyertai kursus kali ini. Sukan paramotor ini berbeza
dengan paraglider yang mana ia mempunyai sebuah
motor kecil seberat 25 - 35 kg berkuasa 150-200cc yang
memutarkan kipas yang disandang di belakang badan
kita. Ia boleh diterbangkan dengan kelajuan 45 hingga
70 kilometer sejam bergantung kepada keadaan angin.
Setiap peserta dilatih secara pratikal mengenai teknik-
teknik pengendalian paramotor, pendedahan kepada
peralatan, latihan “ground school” dan juga teknik
membaca cuaca serta angin. Peserta juga merasai
pengalaman terbang dan menikmati pemandangan
dari udara selepas berjaya menguasai teknik-teknik
asas pengendalian. Objektif kursus kali ini ialah untuk
memberi pendedahan sukan luncur udara di Malaysia
danmengatasi persepsi negatif tentang sukan ekstrem
ini yang mana dikatakan berisiko tinggi.
Malam Merdeka Peringkat Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia 2013
Sungai Besi, September 2013 - Bagi menyemarakkan
semangatcintakannegaradanmengenangpengorbanan
pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang bermati-
matian mendapatkan kemerdekaan negara, Bahagian
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengambil inisiatif
dengan menganjurkan Malam Merdeka Peringkat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Program ini
telah diadakan di Dewan Bestari pada jam 8.00 malam
yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni) dan pegawai-pegawai universiti.
Antara pengisian pada malam tersebut adalah
persembahan dikir barat, gamelan, nasyid, band
dan teater yang membawa tajuk “Merdekakah
Kita” daripada kelab-kelab kebudayaan UPNM yang
membawakan mesej-mesej patriotik dalam setiap
persembahan. Seterusnya, program Malam Merdeka
dimulakan dengan persembahan dikir barat daripada
Kelab Wira Gempita UPNM diikuti dengan dua buah
persembahan gamelan daripada Kelab Gamelan
Citra Nusantara UPNM. Kelab gamelan ini adalah
di bawah bimbingan Pak Herman dan mendapat
pujian daripada penonton. Selain itu, persembahan
nasyid daripada Kelab Invoices UPNM juga memukau
penonton. Malam tersebut diakhiri dengan nyanyian
lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 yang dinyanyikan
oleh pelajar-pelajar dengan begitu bersemangat
sambil mengibarkan bendera Malaysia.
berfaedah bagi mengeratkan sillaturahim bersama
penghuni Rumah Titian Kasih Titiwangsa.
Aktiviti sempena Program Jalinan Mesra anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah
diadakan pada 29 Jun 2013 bertempat di Rumah
Tititan Kasih, Titiwangsa. Seramai 12 Fasilitator UPNM
telah terlibat dalam membantu program berkenaan
yang mempunyai seramai 45 orang anak yatim.
Pada awal program anak-anak yatim ini dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan fasilitator ini
memainkan peranan dalam membantu anak-anak
yatim ini melaksanakan beberapa aktiviti. Antara
aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak yatim
ialah Lukisan cita-cita saya, ice breaking dan Alif Ba Ta.
Seterusnya aktiviti bersama penceramah JAKIM iaitu
Mudahnya Solat untuk mendidik anak-anak yatim
cara bersolat yang betul. Selain itu juga, anak-anak
yatim ini dibawa ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur.
FasilitatorUPNM ini telahmenjalankan tanggungjawab
denganbaikbukansahajamenekankanaspekakademik
dan aktiviti riadah tetapi melibatkan perhubungan
sillaturahim antara sesama manusia. Program ini
memberikan impak positif kepada Fasilitator UPNM
dan anak-anak yatim dalam melaksanakan program
amal kebajikan melalui program jalinan mesra yang
mampu memberi ruang baru kepada mereka untuk
berbakti kepada masyarakat.
Aktiviti dan Pencapaian Mahasiswa
1...,42,43,44,45,46,47,48,49,50,51 53,54,55,56,57,58,59,60,61,62,...146
Powered by FlippingBook