Page 146 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 146

Penyelidikan dan Inovasi

                 Bagi tahun 2021, program HOPE diteruskan lagi secara dalam talian dari 1 hingga 22 Oktober
                 2021  memandangkan  situasi  pandemik  COVID-19  yang  masih  berterusan.  Dua  kategori
                 aktiviti telah dianjurkan berdasarkan objektif program iaitu siri webinar dan pertandingan seni
                 lukisan. Dengan tema baharu iaitu Kebersamaan Masyarakat Malaysian Ketika Bencana dan
                 Pandemik COVID-19: #kitajagakita #pemerkasaankomuniti, program HOPE 2021 diadakan
                 pada  peringkat  kebangsaan  dengan  keutamaan  penyertaan  golongan  belia  tempatan.
                 Jawatankuasa penganjuran percaya bahawa adalah menjadi satu kepentingan untuk memupuk
                 kesedaran mengenai kesiapsiagaan bencana, isu dan bantuan kemanusiaan, serta semangat
                 kesukarelawanan diterapkan di kalangan belia di Malaysia bagi menjamin kelestarian generasi
                 yang prihatin dan peka terhadap isu-isu ini. Bagi melancarkan program dan mendapatkan
                 sokongan dari semua pihak berkepentingan, kelulusan penganjuran program telah diperoleh
                 dari  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  manakala  Jabatan  Pendidikan  Negeri  turut  dirujuk
                 dalam  proses  perancangan  program  ini.  Hasilnya,  17  siri  webinar  telah  dianjurkan  dengan
                 kepelbagaian tajuk dan latar belakang penceramah. Siri webinar ini berjaya menarik minat
                 hampir 1,700 peserta dari sekolah menengah, agensi kerajaan, NGO dan masyarakat umum
                 yang menghadiri program ini sepanjang tempoh dua minggu ianya diadakan. Pertandingan
                 seni lukisan juga telah disertai oleh 135 peserta yang menunjukkan bakat seni masing-masing,
                 manakala  pihak  Lembaga  Pembangunan  Seni  Visual  Negara  (LPSVN)  telah  memberikan
                 kerjasama dalam penilaian lukisan-lukisan yang diterima.































                 Webinar  -  Bicara  Ilmiah  Penyelidikan  Kelestarian  Tenaga:  Tenaga  Marin  boleh
                 diperbaharui
                 Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT) telah dijemput oleh Institut
                 Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk menganjurkan webinar, Bicara
                 Ilmiah  Penyelidikan  Kelestarian  Tenaga:  Tenaga  Marin  Boleh  Diperbaharui  pada  13
                 Oktober 2021.
                 Dalam webinar ini, dua orang penyelidik CODRAT telah diberi penghormatan untuk menjadi
                 moderator (Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman) dan panel (Prof. Madya
                 Ir.  Ts.  Dr.  Mohd  Rashdan  bin  Saad)  menerusi  slot  “Inovasi  Tenaga  Boleh  Diperbaharui
                 NAHRIM’s Coastal Defense and Energy Generator (N-CODE)” dan “Melestarikan Sumber
                 Tenaga Malaysia: Penyelidikan Penukar Tenaga Ombak Laut”. Webinar ini telah dipancarkan
                 secara langsung menerusi media sosial Facebook NAHRIM dan mendapat tonton yang amat
                 memberangsangkan.


                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   145
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151