Page 142 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 142
Penyelidikan dan Inovasi
International Humanitarian LAW On Terrorism and Counter Terrorism
Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
(CoMIHL), UPNM telah menganjurkan kursus siri ke-dua International Humanitarian Law
on Terrorism and Counter Terrorism pada 11 hingga 13 Ogos 2021 secara dalam talian melalui
Microsoft Teams. Kursus ini telah dihadiri lebih dari 100 penyertaan dari pelbagai negara
di rantau Asia Pasifik antaranya Malaysia, Philippines, Laos, Thailand, Brunei, German,
Indonesia, Romania, Laos dan Singapore. Kursus ini merupakan medium kepada para
peserta untuk lebih memahami tentang konsep dan prinsip utama yang digunapakai oleh
institusi antarabangsa dalam menangani unsur keganasan. Kursus ini juga turut memberi
gambaran ringkas berkaitan keganasan moden dan implikasinya kepada masyarakat
antarabangsa serta pandangan tentang keganasan dari perspektif undang-undang
kemanusiaan antarabangsa (IHL).
Kursus ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Prof Ir Dr. Norazman Bin Mohd Nor, Timbalan Naib
Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM dan ucapan penutup oleh Kol Azlan Iskandar
Bin Dato’ Abdul Ghani (B), Military and Armed Group (MAG) Delegate, International
Committee of the Red Cross (ICRC). Para penceramah kursus adalah terdiri dari para
akademik, pegawai tentera dan polis serta pihak penguatkuasa undang-undang.
LAPORAN TAHUNAN 2020 141
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia