Page 145 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 145
Penyelidikan dan Inovasi
Program Pemindahan Ilmu Tahunan Berasaskan Pengurusan Bencana dan Bantuan
Kemanusiaan, HOPE 2021
Program HOPE merupakan program tahunan berasaskan komuniti bertemakan pengurusan
bencana dan bantuan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Bantuan
Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR), UPNM dengan tujuan meningkatkan
pengetahuan masyarakat umum berkenaan pengurusan bencana, isi kemanusiaan dan
pengurusan bantuan kemanusiaan. Program ini juga menyediakan platform untuk perkongsian
pengalaman dan sesi dialog antara agensi tindak balas bencana, organisasi bukan kerajaan
(NGO) dan masyarakat umum.
Program HOPE telah dianjurkan buat pertama kalinya pada 15 hingga 19 Oktober 2018 dengan
tema “Humanitarian Operations Photo Exhibition”, dan dianjurkan bersama Humanitarian Care
Malaysia (MyCARE) serta World Food Programme - United Nations Humanitarian Response
Depot (UNHRD) bertempat di Dewan Pendekar, UPNM. Program kerjasama ini diteruskan
lagi pada tahun 2019 di Dewan Jing Si Tzu Chi Kuala Lumpur dengan tema “Humanitarian
Operations Experience”. Tahun 2019 merupakan pertama kali Yayasan Tzu Chi Malaysia
menyertai UPNM dan MyCARE selaku penganjur bersama bagi program ini. HOPE 2019 juga
menyaksikan penyertaan pelbagai agensi tindak balas bencana dan NGO melalui pameran
yang diadakan di dewan berkenaan. Berikutan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020,
program HOPE 2020 telah diadakan secara maya dengan aktiviti pameran dan penganjuran
lima siri webinar dari 7 hingga 31 Disember 2020. Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) telah menyertai Pusat Penyelidikan HADR, MyCARE dan Yayasan Tzu Chi Malaysia
sebagai rakan penganjur buat pertama kalinya bagi program HOPE 2020 ini.
144 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia