Page 149 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 149

Penyelidikan dan Inovasi

              Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan Tahun 2021

              Bahagian  Penyelidikan  dan  Inovasi  telah  menganjurkan  Bengkel  Pengurusan  Projek
              Penyelidikan tahun 2021 pada 27 dan 28 November 2021 yang lepas bertempat di Hotel
              Hatten, Melaka. Perasmian bengkel in telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Lt Jen Datuk
              Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi
              pendedahan kepada ketua penyelidik dan penyelidik bersama dalam mengurus tadbir geran
              yang telah mereka peroleh dengan lebih sistematik dan tersusun. Penglibatan peserta ini
              adalah terdiri daripada penyelidik yang telah menerima geran di bawah pemberi dana iaitu
              Kementerian  Pengajian  Tinggi  (KPT),  Geran  Antarabangsa,  NIOSH  dan  lain-lain.  Pihak
              Bahagian Penyelidikan dan Inovasi juga telah menjemput penceramah yang berpengalaman
              dalam mentadbir urus geran penyelidikan dengan berkongsi pengalaman tersebut kepada
              penyelidik UPNM. Melalui pendekatan Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan ini, Bahagian
              Penyelidikan dan Inovasi ini telah menerima maklumbalas yang sangat positif daripada setiap
              penyelidik yang hadir ke bengkel tersebut dan berharap bengkel ini dapat diteruskan pada
              masa akan datang dan menjadi aktiviti tahunan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dalam
              mencapai taraf penyelidikan yang membanggakan UPNM di peringkat seterusnya.





























































             148   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154