Page 144 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 144

Penyelidikan dan Inovasi

                                                          Program  STEM  Asas  Pengaturcaraan  Phyton
                                                          oleh  Pusat  Keselamatan  Siber  dan  Revolusi
                                                          Industri Digital bersama Sekolah Kebangsaan
                                                          Bandar Tasik Selatan

                                                          Pusat  Keselamatan  Siber  dan  Revolusi  Industri
                                                          Digital  (PKS&RID)  telah  menganjurkan  Program
                                                          STEM Asas Pengaturcaraan Phyton secara dalam
                                                          talian  pada  23  September  2021  dengan  objektif
                                                          program selain daripada mengisi masa lapang murid
                                                          sekolah  dengan  pengajaran  Sains,  Teknologi  dan
                                                          Matematik sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah untuk
                                                          mendedahkan murid dengan ilmu pengaturcaraan
                                                          yang  mudah  menggunakan  Python  dan  teks
                                                          editor/IDE,  mengetengahkan  pengaplikasian  ilmu
                                                          pengaturcaraan dalam kehidupan seharian melalui
                                                          platform  berbentuk  pertandingan  dan  meneroka
                                                          kreativiti  peserta  dalam  pengaplikasian  ilmu
                                                          pengatucaraan  melibatkan  penyertaan  15  orang
                                                          murid sekolah (Tahap 2).
                                                          Program ini juga dimeriahkan dengan  kehadiran
                                                          fasilitator  yang  terdiri  daripada  lima  (5)  orang
                                                          mahasiswa  UPNM  yang  turut  membantu  dalam
                                                          menjayakan  program  STEM  ini.  Selain  itu,  turut
                                                          hadir  secara  maya  adalah  En  Sahrullizam  bin
                                                          Lias,  Guru  Sains,  SK  Bandar  Tasik  Selatan  dan
                                                          Prof  Madya  Mohd  Hazali  bin  Mohamed  Halip,
                                                          Pengarah Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi
                                                          Industri Digital (PKS&RID).


                 Lawatan Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia
                 Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (NACWC), Kementerian Luar Negeri
                 Malaysia telah berkesempatan melawat ke Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia, UPNM pada
                 30 September 2021. Delegasi dari NACWC diketuai oleh pegerusinya iaitu Y.Bhg Dato’ Zainol
                 Rahim Zainuddin telah disambut oleh Y.Bhg Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Hasagaya
                 bin  Abdullah.  Pihak  NACWC  dan  CHEMDEF  telah  mengadakan  perbincangan  berkaitan
                 hala tuju kerjasama yang dapat dijalinkan antara kedua belah pihak. Pihak NACWC juga
                 telah berkesempatan melawat makmal-makmal penyelidikan CHEMDEF dan melihat sendiri
                 fasiliti-fasiliti yang CHEMDEF miliki dalam menjalankan penyelidikan berkaitan pertahanan
                 kepada senjata kimia.





















                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   143
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149