Page 140 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 140
Penyelidikan dan Inovasi
Program Penyelidikan dan Pembangunan Keselamatan Siber
Projek Kolaborasi Industri di antara CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM) untuk Program Penyelidikan dan Pembangunan Keselamatan
Siber, CMERP Sensor Deployment berjumlah RM 100 ribu bagi tempoh 27 Mei 2021 hingga
26 Mei 2022 (1 Tahun).
Pemasangan Coordinated Malware Eradication & Remediation Platform (CMERP) adalah
untuk mengawasi ancaman perisian hasad (malware) di rangkaian UPNMnet bagi tujuan
pembangunan dan penyelidikan akademik.
Dengan adanya kajian ini, rangkaian UPNMnet akan dilindungi daripada ancaman malware
yang boleh menggangu operasi harian dan infrastruktur ICT di UPNM.
CoMIHL Talk Series 2
Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL),
UPNM telah menganjurkan CoMIHL Talk Series 2 yang bertajuk International Humanitarian
Law and Intelligence: Detention Without Trial pada 29 Jun 2021 secara dalam talian. Sesi
syarahan ini adalah untuk meneroka isu mengenai penahanan tanpa perbicaraan menurut
perspektif undang-undang kemanusiaan antarabangsa, perisikan dan undang-undang
Malaysia di samping menjelaskan isu dan menyediakan medium bagi perbincangan wacana
intelektual mengenai penahanan tanpa perbicaraan menurut perspektif kemanusiaan,
perisikan dan undang-undang. Penceramah yang dijemput ialah Lt Kol Shaharuddin
bin Abdul Rahman (B) bekas Pegawai Undang-Undang di Bahagian Perisikan, MAF dan
Lt Kdr Mazura Md Saman (B) selaku moderator. Sesi syarahan ini telah dihadiri lebih dari
100 penyertaan dari kalangan akademik, pelajar Universiti Awam dan Antarabangsa serta
pegawai-pegawai kerajaan.
LAPORAN TAHUNAN 2020 139
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia