Page 137 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 137
Penyelidikan dan Inovasi
Projek rintis rumah bamboocrete berkenaan merupakan satu usahasama antara UPNM dan
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) angkatan Tentera Malaysia (ATM). Projek rumah setingkat
yang berkeluasan 81 meter per segi (87.5 kaki per segi) ini telah menelan belanja sebanyak
RM85,000 dan menggunakan kaedah binaan berindustri (IBS). Projek binaan rumah telah
siap dibina sepenuhnya pada 15 Februari 2021. Majlis serah kunci rumah projek berkenaan
telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd
Zain Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi,
mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT, Lt. Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib
Canselor UPNM dan Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah JHEV. Turut
hadir adalah wakil Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan,
JHEV daripada Negeri Sembilan, wakil Pengurusan Tertinggi UPNM Ketua Kampung Sri
Repah, Tampin, di mana rumah berkenaan telah dibina.
Projek rintis rumah bamboocrete ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk memacu hala
tuju penyelidikan dan inovasi UPNM bagi tujuan pembangunan serta pengkomersilan dalam
jangka masa panjang. Ini secara tidak langsung dapat memangkin usaha penyelidikan dan
memberi motivasi kepada para penyelidik untuk menghasilkan produk yang dapat memberi
impak kepada komuniti, seiring dengan konsep ‘Quadruple Helix’ iaitu sumbangan akademik
kepada kerajaan, industri dan komuniti.
Melalui projek ini juga, UPNM juga berhasrat untuk membudayakan konsep memberi semula
kepada komuniti, atau “give back to the society”. Secara tidak langsung, projek ini mampu
meningkatkan lagi taraf hidup masyarat setempat agar kehidupan yang lebih mampan dapat
dicapai oleh komuniti luar bandar. Secara tidak langsung, usahasama dengan JHEV ini
juga membuka peluang kepada UPNM untuk terus menghulurkan bantuan kepada veteran
ATM yang memerlukan. Inisiatif ini melambangkan keprihatinanUniversiti untuk membantu
veteran ATM yang kurang berkemampuan. Secara tidak langsung, kerjasama antara UPNM
dan JHEV ini memberi tanda aras kepada hubungan positif yang sudah lama terjalin dengan
agensi di bawah Kementerian Pertahanan. Melalui geran yang diperoleh daripada KPT dan
pelbagai agensi, UPNM akan terus meneroka peluang penyelidikan dan inovasi pada masa
akan datang.
136 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia