Page 139 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 139

Penyelidikan dan Inovasi

              Program Let’s Talk “Cyber Security Awareness I Am You” Anjuran Pusat Kaunseling
              dan Perkhidmatan Pelajar
              Syarahan  telah  disampaikan  oleh  Dr  Syarifah  Bahiyah  Rahayu  binti  Syed  Mansoor,  Felo
              Penyelidik PKS&RID sebagai panel jemputan pada 9 April 2021.
              Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keselamatan siber yang
              semakin memerlukan perhatian terutamanya ketika musim pandemik  COVID-19 pada masa
              kini di mana semakin banyak aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian yang akan lebih
              mendedahkan pelajar kepada ancaman siber.
              Program  STEM  (Science,  Technology,  Engineering  &  Mathematics)  2021  dan  KTP
              (Knowledge Transfer Program) 2021 - Hari Keselamatan Internet 2021
              Hari  Keselamatan  Internet  2021:  “Bual  Bicara  Hentikan  Buli  Siber  dan  Gangguan  Dalam
              Talian” oleh Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital telah dianjurkan pada
              12 April 2021 secara hibrid, iaitu secara fizikal di Dewan Auditorium FPKP dan juga secara
              langsung di saluran Youtube. Panel penceramah yang telah dijemput hadir pada program
              ini ialah Lt Kol (B) Mustaffa bin Ahmad dari Cyber Security Malaysia, Datin Mai Zairani binti
              Zainal Abidin dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dr Asma Assa’edah
              binti Mahmud dari FPKP, UPNM dan moderator Prof Madya Mohd Hazali bin Mohamed
              Halip, Pengarah Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital (PKS&RID).

              Tujuan  penganjuran  program  ini  adalah  untuk  melengkapkan  pelajar  UPNM  dengan
              ilmu  keselamatan  siber,  memupuk  dan  meningkatkan  kesedaran  pelajar  UPNM  tentang
              keselamatan siber agar lebih bertanggungjawab apabila menggunakan teknologi dan
              Internet serta meningkatkan pengetahuan pelajar UPNM dalam membezakan antara berita
              benar dan palsu serta menganalisis data di platform media sosial.

              Seramai 134 orang peserta dalam talian langsung (maya) daripada UPNM, UiTM Jasin, Sek
              Keb Pengkalan Tentera Darat, Sek Keb Bandar Tasik Selatan, Sek Keb Sega dan lain-lain
              telah mengikuti program ini. Manakala seramai 20 orang pelajar asasi UPNM telah menyertai
              program ini secara fizikal.

              Turut hadir secara fizikal adalah Prof Emeritus Dato’ Dr Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
              Felo Penyelidik, PKS&RID dan Felo Utama Dato’ Mohamad Akhtar bin Ahmad Zainudin,
              Pengarah Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa, UPNM.


































             138   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144