Page 141 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 141
Penyelidikan dan Inovasi
Bengkel Introduction to Humanitarian Supply Chain Management In HADR From
Malaysian Perspective
26 - 28 Julai 2021 - Semenjak penubuhan Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan
Bencana (HADR) di UPNM pada tahun 2017, pelbagai program pembangunan kapasiti tindak balas
bencana, penerapan kesedaran, dan peningkatan kemahiran telah dianjurkan secara kerjasama,
atau disertai oleh Pusat ini bersama dengan pihak United Nations Humanitarian Response Depot
(UNHRD). Hasil dari hubungan rapat antara kedua-dua organisasi ini, satu bengkel pengenalan
kepada pengurusan bekalan bantuan kemanusiaan ini telah dianjurkan secara bersama dengan
tujuan utamanya untuk meningkatkan kesedaran umum, dan seterusnya menambah baik operasi
tindak balas bencana dan penyampaian bantuan kemanusiaan di negara ini.
Bengkel pemindahan ilmu yang bertumpukan pengurusan rantaian bekalan bantuan ketika
operasi penyampaian bantuan kemanusiaan ini dianggap sangat penting dan bermanfaat
untuk semua pihak berkepentingan samada dari sektor awam, organisasi bukan kerajaan,
mahupun masyarakat umum. Hasil perbincangan bersama rakan penganjur, perkongsian
pengalaman dan cabaran dihadapi di lapangan didapati sebagai pendekatan yang paling
sesuai dan berkesan untuk penerima faedah sasaran. Selain itu, pengenalan kepada
perspektif kor kesihatan sebagai komponen Angkatan Tentera Malaysia ketika bencana dan
juga sepanjang tempoh pengurusan pandemik COVID-19 dapat menarik minat masyarakat
umum selain menyumbang kepada keunikan program ini. Tiga jenis pendekatan telah diambil
untuk mencapai objektif program pemerkasaan kapasiti ini iaitu:
(i) ceramah pendek dengan pengisian pada peringkat pengenalan;
(ii) perkongsian pengalaman, isu dan cabaran di lapangan; serta,
(iii) perbincangan mengenai pengurusan rantaian bekalan bantuan berdasarkan kajian kes
bencana yang lepas.
Program selama tiga hari ini telah disertai oleh seramai 232 peserta dengan majoritinya dari
warga institusi pengajian tinggi, diikuti agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan tempatan
(NGO), dan organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Hasil perbincangan para penganjur
melalui mesyuarat post-mortem bengkel, program susulan wajar dianjurkan untuk memastikan
perkembangan positif yang berterusan dan mapan di kalangan semua pihak berkepentingan.
140 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia