Page 147 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 147
Penyelidikan dan Inovasi
4 LAW Of Armed Conflict At Sea
th
Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL),
UPNM dengan kerjasama pihak International Committee of the Red Cross (ICRC) telah
menganjurkan Kursus siri ke-empat Law of Armed Conflict at Sea pada 12-14 Oktober 2021.
Tujuan perlaksanaan kursus ini adalah untuk memberi pengenalan asas undang-undang
kemanusiaan antarabangsa (IHL) atau Undang-undang Konflik Bersenjata (LOAC) di laut
kepada tentera laut di rantau ini yang secara rutinnya terlibat dalam pelbagai operasi maritim,
termasuk anti-cetak rompak, perlindungan sumber, dan memintas kapal pendatang tanpa
izin. Oleh itu, pengetahuan dan latihan dalam IHL atau LOAC berkaitan operasi tentera laut di
rantau ini adalah penting untuk mendepani cabaran ketegangan risiko konfrontasi bersenjata
dan pertempuran di laut yang kian meningkat. Kursus ini telah dihadiri oleh 23 orang pegawai
operasi dan undang-undang tentera laut peringkat pertengahan (Leftenan kepada Leftenan
Komander atau setaraf) dari negara-negara di rantau Asia Pasifik antaranya Malaysia, Australia,
New Zealand, Sri Lanka, Bangladesh, Philippines, Indonesia dan Timor Leste. Kursus ini
berkonsepkan gabungan pembentangan dan perbincangan sindiket yang menekankan hal
undang-undang peperangan laut dan topik berkaitan. Topik-topik yang dibincangkan meliputi
rangka kerja undang-undang yang memberikan kuasa luar biasa untuk situasi konflik dan
memberikan panduan dalam penggunaan kuasa semasa fasa operasi ketenteraan. Kursus ini
juga menerangkan aktiviti kemanusiaan dan pertimbangan lain di laut. Selain memberi fokus
kepada IHL dan LOAC pada peperangan laut, kursus ini juga membawa kepada isu maritim
kontemporari dari aspek keselamatan dan strategik.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Kol Jamal Rodzi Bin Dahari (B), Pengarah Pusat Undang-
Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) dan ucapan
penutup oleh Kol Azlan Iskandar Bin Dato’ Abdul Ghani (B), Military and Armed Group (MAG)
Delegate, International Committee of the Red Cross (ICRC). Para penceramah kursus yang
terlibat adalah seperti di Jadual 39:
Jadual 39: Para penceramah kursus yang terlibat
Bil. Nama Jawatan Organisasi
1. Prof. Madya Dr. Adam Leong Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan
Kok Wey (Penyelidikan) & Keselamatan Antarabangsa
(CDiSS) UPNM
2. Martin De Boer Head of Operations and International Commitee of The
Prevention Red Cross (ICRC) Kuala Lumpur
3. Kol Azlan Iskandar Dato’ Military and Armed Groups (MAG International Committee of the
Abdul Ghani (B) Delegate), ICRC Red Cross (ICRC)
146 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia