Page 148 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 148
Penyelidikan dan Inovasi
Jadual 39: Para penceramah kursus yang terlibat
Bil. Nama Jawatan Organisasi
4. Lt. Kdr. Prof. Dr. Mohd Hazmi Pensyarah Fakulti Undang- Universiti Sains Islam Malaysia
Mohd Rusli Undang dan Syariah (USIM)
5. Dr Su Wai Mon Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti
Malaya
6. Kdr Shamsuni Bin Said TLDM PS 1 Perundangan Markas Tentera Laut, Bahagian
Perundangan Wisma Pertahanan
7. Lt Kdr Mazura Md Saman (B) Timbalan Pengarah Pusat Undang-Undang Tentera
dan Undang-Undang Kemanusian
Antarabangsa (CoMIHL)
Mengetuai 50 Staf UPNM dalam International
Conference on Tropical Sciences: Contribution To
Sustainability (TROPSC) 2021
UPNM telah dijemput sebagai Rakan Strategik bagi
International Conference on Tropical Sciences: Contribution
to Sustainability (TropSc2021) anjuran Mahathir Science
Award Foundation (MSAF) dan Akademi Sains Malaysia
(ASM) pada 25-27 Oktober 2021. Persidangan bertaraf
antarabangsa ini dianjurkan secara dalam talian di mana
ia memberi fokus kepada sumbangan sains dan teknologi
dalam menangani cabaran dan nilai-nilai dari kawasan
tropikal untuk mencapai kelestarian. Bidang-bidang yang
diliputi adalah perubatan tropikal, pertanian tropikal,
sumber semula jadi tropikal, kejuruteraan dan rekabentuk
tropikal, perubahan cuaca, kepimpinan belia dan sains
keterbukaan (open science). Pembuat polisi, pemilik dan/
atau pengurus industri serta penyelidik yang terkemuka
telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka
bersama peserta. Seramai 50 orang peserta di kalangan
penyelidik UPNM telah menyertai persidangan ini.
Program STEM Cryptography - Caesar & Treasure 2021 PKS & RID, UPNM bersama
MRSM ATM Bera, Pahang
Telah dianjurkan pada 26 - 28 Oktober 2021 bertempat di MRSM ATM Bera, Pahang.
Program STEM ini bertujuan memperkenalkan ilmu kriptografi dan seterusnya, pelajar diuji
mengaplikasikan ilmu kriptografi yang dipelajari dengan aktiviti explorace yang diadakan.
Pengenalan kepada bidang kriptografi diberikan kepada pelajar menggunakan konsep
matematik, aktiviti cipher wheel dan juga menggunakan perisian sistem enkripsi dan dienkrip
Caesar.
Seramai lima (5) orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa/kadet UPNM telah
menjalankan tugas dengan cekap dan pantas serta mengambil maklum setiap tindakan
yang perlu dilaksanakan untuk aktiviti explorace. Program ini dapat mempromosi UPNM
sebagai universiti pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas menamatkan persekolahan.
Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Empat telah menyertai program kriptografi ini dan turut
hadir pada program ini adalah En Mohd Nizar bin Idris, Pengetua, MRSM ATM Bera, Pahang
dan Prof Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip, Pengarah Pusat Keselamatan Siber dan
Revolusi Industri Digital (PKS&RID).
LAPORAN TAHUNAN 2020 147
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia