Page 151 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 151

Penyelidikan dan Inovasi

              Perbincangan  Pelaksanaan  Sesi  Libat
              Urus  AKEPT-UPNM  bersama  Unit  Latihan
              Universiti Awam (SLUA)
              Perbincangan  di  antara  Akademik Kepimpinan
              Pendidikan  Tinggi  (AKEPT)  bersama  Pusat
              Kepimpinan dan Pembangunan Profesional serta
              Pejabat Pendaftar ini adalah bagi membincangan
              persediaan pelaksanaan Sesi Libat Urus AKEPT
              dan Unit Latihan Universiti Awam (SLUA) yang
              dijadualkan pada Januari 2022.
              Perbincangan  dipengerusikan  oleh  YBrs.  Prof.
              Madya Dr. Azila binti Ahmad Sarkawi, Timbalan
              Pengarah  Pusat  Pembangunan  Kepimpinan
              AKEPT  melalui  aplikasi  Microsoft  Teams  pada
              13 Disember 2021.

              Penglibatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di dalam Pameran International
              Invention, Innovation And Technology Exhibition (ITEX) 2021
              Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
              (BPI) telah menyertai Pameran International Invention, Innovation And Technology Exhibition
              (ITEX) 2021 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula daripada
              13  sehingga  14  Disember  2021.  Penganjuran  Pameran  ITEX  2021  adalah  bertujuan  untuk
              mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi
              pendedahan  dan  peluang  pemasaran  terhadap  reka  bentuk  produk  dan  perkhidmatan.
              Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat
              pengajian  tinggi,  institusi  penyelidikan,  penyelidik  persendirian  dan  juga  sektor  korporat
              dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 5 penyertaan produk daripada 5 orang pensyarah/
              penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah
              kejayaan  yang  membanggakan  dengan  kesemua  penyertaan  produk  penyelidikan
              UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) pingat emas dan satu (1) pingat perak.
              Ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti. Senarai penuh pemenang
              adalah seperti di Jadual 41:

               Jadual 41:   Senarai Penuh Pemenang Dalam Pameran (ITEX) 2021

              Bil.     Nama Penyelidik               Nama Produk                   Fakulti/ Pusat
                                                     Pingat Emas
               1. Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman  Bamboocrete House          Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
                   bin Mohamad Nor (Bersara)
               2.   Prof. Dr. Mohar bin Kassim  Hand Strength Software for Push  Akademi Kecergasan Pertahanan
                                             Up Norms among Military Cadets           (AKP)
               3.  Prof. Madya Mohd Hazali bin  Sibersasar: Cyber Range System   Pusat Keselamatan Siber dan
                        Mohamed Halip          for Cyber Battlefield Exercise  Revolusi Industri Digital (PKSRID)
               4.    Ts Faridah Hanim binti   Warm Mix-Asphalt: Sustainable   Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
                          Khairuddin                  Road Goals

                                                     Pingat Perak
               5.  Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu   TANYA.AI: Malay Language   Pusat Keselamatan Siber dan
                       binti Syed Mansoor    Chatbot for COVID-19 Pandemic  Revolusi Industri Digital (PKSRID)
                                                   Control in Malaysia




             150   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156