Page 156 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 156

Pusat Kesihatan UPNM








































                 Paparan  di  atas  adalah  infografik  berkaitan  kes  COVID-19  bagi  tahun  2021.  Bagi  tahun
                 tersebut Kluster COVID-19 yang terdapat di dalam UPNM adalah seperti berikut:
                 4  Kluster  Kandi  -  yang  melibatkan  asrama  Sri  Kandi  UPNM  (blok  perempuan)  yang
                     melibatkan pelajar perempuan Perubatan Tahun 1.
                 4  Kluster Kandi 2 - yang melibatkan asrama Blok A Lekir yang melibatkan pelajar lelaki.
                 4  Kluster Calon Pegawai Kadet (ALK) - yang melibatkan kes dikalangan calon pegawai
                     kadet baharu.
                 4  Kluster Pegawai Kadet Perempuan - yang melibatkan Pegawai Kadet perempuan yang
                     akan menjalani latihan industri di Lumut.
                 4  Jumlah  kontak  rapat  yang  telah  diberikan  Home  Surveillance  Order  (HSO)  adalah
                     sebanyak = 788 orang.
                 Pemakaian gelang ‘wristband’, surat arahan kuarantin telah diberikan kepada semua kontak
                 rapat dan juga kepada kes positif. Surat Pelepasan (Release Order) akan diberikan apabila
                 sampel kedua ujian Jadual 1: Laporan Kes COVID-19 calitan RTK-Ag negative dan gelang
                 kuarantin akan dipotong oleh PPKP atau PKA Unit Kesihatan Awam.
                 Ujian Saringan Pengesanan COVID-19 (Swab Test)
                 Ujian Saringan Pengesanan COVID-19 merupakan satu cara utama bagi mengesan jangkitan
                 pada individu yang terdedah kepada virus COVID-19. Individu yang bergejala atau berisiko
                 untuk dijangkiti dikenalpasti sebagai kontak rapat dan perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
                 Kaedah yang dijalankan adalah dengan menggunakan Ujian Pengesanan COVID-19: RTK-
                 Antigen (RTK-Ag) atau Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
                 Secara  terperincinya,  Ujian  RTK-Ag  berkeupayaan  mengesan  jangkitan  virus  COVID-19
                 dari hari ketiga sehinggalah hari ketujuh. Berbeza dengan Reverse Transcription-Polymerase
                 Chain Reaction (RT-PCR), ianya boleh mengesan seseorang tersebut dijangkiti oleh virus
                 COVID-19 seawal hari kedua sehinggalah hari keempat belas. Oleh yang demikian, kesahihan
                 dan ketepatan ujian yang dijalankan keatas kontak rapat dan pesakit adalah bergantung
                 kepada jangka masa jangkitan berlaku sewaktu sampel diambil.

                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   155
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161