Page 161 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 161

Pusat Kesihatan UPNM

              Penganjuran  Pelbagai  Aktiviti  /  Program  Sebagai  Inisiatif  Mengekang  Penularan
              COVID-19 di dalam dan di luar Kampus
              Pelbagai usaha dan aktiviti telah dirangka dan dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan UPNM
              dalam mengekang penularan penyakit berjangkit COVID-19 di dalam kampus mahupun
              di luar. Ketua Pusat Kesihatan, Dr. Firdaus bin Baharuddin serta para staf paramedik
              bergiat  aktif  dalam  menjayakan  pelbagai  program  sepanjang  tahun  2021.  Antara
              usaha murni yang dapat dinyatakan adalah seperti perlaksanaan  Program Saringan
              COVID-19  kepada  pelajar,  Program-Program  Imunisasi  COVID-19  Kebangsaan
              bersama pelbagai agensi dan kementerian dan  Program Imunisasi Booster kepada
              warga UPNM khususnya.
              Program Saringan COVID-19 Kemasukan Pelajar Pulang ke Kampus
              Pada 1 Mac 2021, Program Saringan Kemasukan Pelajar Pulang ke Kampus telah dilaksanakan
              secara berperingkat di UPNM. Perlaksanaan program ini adalah bagi memastikan individu
              yang dijangkiti dengan virus COVID-19 dalam kalangan pelajar dapat dikenalpasti sebelum
              mereka  dibenarkan  memasuki  kolej  kediaman  masing-masing  serta  melakukan  pelbagai
              aktiviti di dalam kampus. Aktiviti ujian saringan COVID-19 ini dijalankan di Dewan Pendekar
              UPNM dan bermula selepas waktu bekerja bagi menghalang berlakunya gangguan operasi
              perkhidmatan di Pusat Kesihatan UPNM.
              Secara  khususnya,  aktiviti  program  ini  dilakukan  dengan  perlaksanaan  ujian  saringan
              pengesanan  COVID-19,  persampelan  RTK-AG  (Nasopharyngeal)  kepada  semua  pelajar
              yang  terlibat.  Sejurus  selepas  saringan  dijalankan,  pengasingan  bagi  kes  positif  akan
              dilakukan  bagi  mengawal  penularan  jangkitan  berlaku  kepada  pelajar  lain.  Seterusnya,
              pengesanan  kontak  rapat  turut  dijalankan  bagi  memastikan  rantaian  jangkitan  dapat
              diputuskan secepatnya. Bagi kesemua pelajar yang didapati positif, mereka diasingkan dan
              ditempatkan ke Bilik Kuarantin kes positif COVID-19. Para pelajar tersebut akan menjalani
              tempoh kuarantin sehingga selesai sebelum dibenarkan untuk pulang ke Kolej Kediaman
              masing-masing oleh Pegawai Perubatan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
              di Pusat Kesihatan UPNM.




























              Gambar 10 & 11:   Proses pemeriksaan di premis makanan oleh PPKP Pusat Kesihatan UPNM









             160   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166