Page 164 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 164
Pusat Kesihatan UPNM
Gambar 17: Jururawat Terlatih menjadi Vaccinator pada program imunisasi tersebut
Kemudian, pada tarikh 25 hingga 26 September 2021, Pusat Kesihatan UPNM telah
mengikuti satu lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Outreach (PICK) dengan
kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Mobilisasi Vaksin
Komuniti (MOVAK) di Kuala Kangsar, Perak. Secara terperincinya, perlaksanaan program
imunisasi ini diadakan di Dewan Semai Bakti yang terletak di kawasan Felda Lasah. Sukacita
dimaklumkan bahawa penerimaan penduduk setempat kepada program imunisasi adalah
sangat memberansangkan apabila penduduk di Felda Lasah, Kuala Kangsar berlapang dada
menerima suntikan bagi sama-sama berusaha mengekang penularan penyakit COVID-19
lebih berleluasa.
Secara tuntasnya, kedua-kedua program imunisasi ini telah menglibatkan staf Pusat Kesihatan
UPNM. Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih masing-
masing menjalankan tugasan menjadi Consentor dan Vaccinator sama seperti program
imunisasi yang lain. Ini telah melancarkan operasi program tersebut kerana pendedahan
kepada tugasan sudah lazimnya diketahui oleh setiap staf paramedik Pusat Kesihatan
UPNM. Ini adalah kerana mereka sering bergiat aktif dalam program-program imunisasi
yang dijalankan sebelumnya.
Gambar 18: Kesemua petugas Pusat Kesihatan UPNM yang terlibat di program imunisasi
LAPORAN TAHUNAN 2020 163
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia