Page 168 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 168

Pusat Kesihatan UPNM

                 Sehubungan  dengan  itu,  perlaksanaan  bagi  kedua-dua  program  pemberian  dos
                 penggalak(Booster) adalah sama dengan program-program imunisasi sebelumnya dengan
                 menggunakan tenaga kerja daripada para pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan,
                 dan jururawat terlatih sebagai Consentor serta Vaccinator. Bagi ruangan kaunter pendaftaran,
                 ianya  diselaras  oleh  gandingan  daripada  Unit  Kesihatan  Awam,  Unit  Pentadbiran,  Unit
                 Farmasi dan Juru X-ray dari Pusat Kesihatan UPNM. Tidak ketinggalan, kerjasama daripada
                 golongan  pelajar  yang  bertindak  sebagai  sukarelawan  amatlah  membantu  melancarkan
                 operasi semasa program tersebut dijalankan. Lebih membanggakan apabila penganjuran
                 program ini dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),
                 Yang Berbahagia Lt. Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah.
                 Selari dengan itu, semangat dan produktiviti kerja bagi staf Pusat Kesihatan lebih meningkat
                 dengan sambutan yang baik dan sokongan yang jitu daripada pihak pengurusan universiti
                 mahupun  warga  UPNM  yang  lain  dalam  usaha  bersama-sama  mengekang  penularan
                 penyakit berjangkit COVID-19 dalam persekitaran kampus.























































                  Gambar 27-29:   Lawatan  daripada  Pengurusan  Tertinggi  UPNM  dan  perasmian  oleh  Naib
                                 Berbahagia Lt. Jeneral Datuk Hasagaya Bin Abdullah






                                                                                 LAPORAN TAHUNAN 2020   167
                                                                    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173