Page 166 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 166
Pusat Kesihatan UPNM
Gambar 22: Jururawat Terlatih Pusat Kesihatan UPNM memberikan penerangan kepada
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, PNC Perkhidmatan,
Jaringan Industri & Perhubungan Korporat UPNM Kampus
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-R) Kerjasama Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)
Menerusi Kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebuah
program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-R) telah diwujudkan bagi
merealisasikan pemberian vaksin kepada para remaja dilaksanakan dengan lebih efisyen.
Selari dengan itu, Pusat Kesihatan UPNM telah menjayakan sebuah Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-R) Kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dalam Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) pada 17 hingga 19 Oktober 2021.
Program ini dijalankan di negeri Melaka. Lokasi pemberian vaksin adalah bertempat di
Dewan SMK Malim, dan Dewan SMK Demang Taha. Lanjutan itu, operasi waktu pemberian
vaksin dilaksanakan bermula dari 8.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Penglibatan staf
Pusat Kesihatan adalah daripada golongan paramedik dan diketuai oleh Pegawai Perubatan
selaku Consentor dan selebihnya adalah para Vaccinator pada program tersebut.
Perlaksanaan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-R) ini tertumpu
kepada golongan murid sekolah dan remaja yang layak menerima vaksinasi. Sehubungan
dengan itu, program Imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan ini menerima penerimaan yang
sangat memberansangkan oleh para murid serta remaja. Hal ini merupakan satu sambutan
yang positif dipamerkan oleh komuniti di negeri Melaka dalam usaha bersama-sama
mengekang penularan virus COVID-19.
Gambar 23: Murid-murid sedang menunggu giliran untuk berjumpa Pegawai Perubatan
(Consentor)
LAPORAN TAHUNAN 2020 165
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia