Page 167 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 167
Pusat Kesihatan UPNM
Gambar 24 & 25: Pegawai Perubatan (Consentor) melakukan saringan sebelum mengesahkan
pelajar layak atau tidak untuk menerima suntikan imunisasi
Gambar 26: Murid-murid sedang menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan imunisasi
daripada Jururawat Terlatih (Vaccinator)
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Booster (PICK-B) Pusat Pemberian
Vaksinasi Dewan Pendekar di UPNM
Bagi makluman semua, usaha murni dalam tujuan mengekang penularan penyakit COVID-19
ini diteruskan dengan perlaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Booster
(PICK-B) di dalam kampus UPNM. Aktiviti program ini telah dijayakan pada akhir tahun 2021
dan awal Januari 2022. Sehubungan dengan itu, Pusat Kesihatan UPNM telah melaksanakan
program imunisasi bagi dos penggalak (Booster) di Pusat Pemberian Vaksinasi Dewan
Pendekar UPNM pada tarikh 25 Disember 2021, manakala penganjuran di Pusat Kesihatan
UPNM adalah pada 1 Januari 2022.
Bagi makluman semua, penganjuran program pemberian dos penggalak (Booster) di Pusat
Pemberian Vaksinasi Dewan Pendekar UPNM adalah dibawah pengendalian Pusat Kesihatan
UPNM. Program ini diuruskan dari awal sehingga akhir oleh pihak Pusat Kesihatan UPNM
berdasarkan pengalaman-pengalaman yang diperolehi semasa menyertai program-program
imunisasi dengan kerjasama pihak luar sebelumnya.
166 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia