Page 170 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 170
Pusat Kesihatan UPNM
Gambar 34: Petugas Sukarelawan program yang terdiri daripada para pelajar UPNM
Gambar 35: Sebahagian staf Pusat Kesihatan UPNM yang bertugas semasa program berlangsung
Program Kempen Derma Darah UPNM
Dalam memperkukuhkan perkhidmatan sedia ada oleh Pusat Kesihatan kepada warga
UPNM, pihak Pusat Kesihatan UPNM melalui Unit Kesihatan Awam telah menganjurkan
beberapa Kempen Derma Darah dengan Kerjasama Pusat Darah Negara (PDN). Antara
program kempen derma darah yang telah dilaksanakan pada sepanjang tahun 2021 adalah
Kempen Derma Darah UPNM Prihatin (Pra Ramadhan) dan Kempen Derma Darah UPNM
Prihatin. Kedua-dua program ini diadakan di dalam kampus dan sasaran penderma adalah
daripada golongan pelajar dan staf UPNM.
Menurut catatan yang direkodkan oleh Unit Kesihatan Awam, Kempen Derma Darah UPNM
Prihatin (Pra Ramadhan) telah dianjurkan pada bulan 12 April 2021. Program ini dilangsungkan di
Dewan Pendekar UPNM dan mensasarkan para staf serta pelajar sebagai kelompok penderma.
Adalah dimaklumkan bahawa seramai 385 orang peserta telah hadir ke program tersebut
namun hanya 256 peserta yang layak menderma selepas melalui saringan yang ditetapkan.
Seterusnya, pada bulan September 2021, pihak Pusat Kesihatan UPNM sekali lagi melalui
Unit Kesihatan Awam dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan
Kempen Derma Darah UPNM Prihatin pada tanggal 23 haribulan. Kelompok sasaran adalah
para pelajar, pegawai kadet, anggota ATM dan warga staf yang berkhidmat di Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sehubungan itu, seramai 220 orang peserta telah
menghadirkan diri dan 206 orang penderma layak untuk menderma.
LAPORAN TAHUNAN 2020 169
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia