Page 155 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 155

Pusat Kesihatan UPNM

              . PUSAT KESIHATAN UPNM



              Pengenalan Kepada Wabak COVID-19

              Pada  akhir  tahun  2019,  dunia  telah
              digemparkan  dengan  penemuan  dan
              penularan    wabak    penyakit    berjangkit
              COVID-19  yang  dikenal  pasti  bermula  dari
              salah sebuah bandar di negara China iaitu
              Wuhan. Penularan wabak ini telah melanda
              kebanyakan  negara  di  dunia  sehinggalah
              ianya diisytiharkan sebagai wabak pandemik
              oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
              Secara  khususnya,  penyakit  berjangkit
              COVID-19 direkodkan mempunyai simptom
              jangkitan pada saluran pernafasan manusia.
              Tamsilnya, virus COVID-19 akan menjangkiti
              saluran  pernafasan  manusia  iaitu  pada
              hidung,  mulut  dan  kerongkong.  Kemudian,
              pesakit  akan  mula  mengalami  simptom
              seperti  demam,  sakit  tekak,  batuk,  dan
              selsema. Tambahan lagi, jangkitan virus COVID-19 juga boleh tersebar melalui sentuhan dan
              perkongsian barangan makanan antara indidvidu yang sudah dijangkiti dengan individu lain.
              Dengan keadaan sedemikian, pola penyebaran wabak penyakit berjangkit COVID-19 dalam
              kalangan rakyat Malaysia berlaku dengan sangat pantas. Peningkatan kes positif COVID-19
              yang  direkodkan  setiap  hari  melibatkan  pelbagai  lapisan  umur.  Oleh  yang  demikian,  kes
              kematian akibat jangkitan COVID-19 turut direkodkan berlaku. Hal ini melibatkan pesakit
              yang  berada  dikategori  akhir  dan  kebanyakannya  memerlukan  alat  bantuan  pernafasan.
              Justeru itu, pelbagai pelaksanaan tindakan pencegahan dan perlindungan telah disarankan
              Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu menyekat penularan terus berlaku dalam
              kalangan rakyat Malaysia.
              Penularan Wabak COVID-19 di UPNM
              Pandemik COVID-19
              Sejak  Malaysia  mengalami  musibah  penularan  penyakit  berjangkit  COVID-19  di  seluruh
              negara, UPNM juga telah merekodkan berlakunya penularan penyakit berjangkit ini. Sejak
              tahun 2021, penularan penyakit telah dikenalpasti berlaku dalam kalangan staf dan pelajar.
              Mengikut catatan daripada Unit Kesihatan Awam di Pusat Kesihatan UPNM, pada peringkat
              awal kes positif COVID-19 telah direkodkan dengan jumlah yang rendah namun ianya terus
              menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

              Secara  kumulatifnya,  bagi  sepanjang  tahun  2021,  bilangan  kes  positif  COVID-19  adalah
              sebanyak 307 kes.
              Secara khususnya, golongan pelajar telah memonopoli bilangan kes positif di UPNM dengan
              merekodkan jumlah sebanyak 196 buah kes. Tidak ketinggalan, bilangan kes positif COVID-19
              bagi golongan staf, telah dilaporkan mencapai jumlah sehingga 111 buah kes pada tahun
              tersebut.  Namun,  tiada  sebarang  rekod  kes  kematian  telah  dicatatkan  sehingga  kini  dan
              kesemua pesakit yang dijangkiti telah sembuh.







             154   LAPORAN TAHUNAN 2021
                   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160