Page 153 - Layout (Annual Report UPNM 2021) NEW 1
P. 153
Penyelidikan dan Inovasi
Malaysia Cyber Security Award 2021
CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memilih UPNM melalui Produk Siber Sasar: Cyber National Defence University of Malaysia
Range System for Cyber Battlefield Exercise dari Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi
Digital Industri (PKS&RID) sebagai pemenang Cyber Security Innovation (Education) of the
Year di Malaysia Cyber Security Award 2021 pada 14 Disember 2021.
Malaysia Cyber Security Award adalah anugerah berprestij yang diberikan kepada individu
atau organisasi yang cemerlang dalam kerja dan usaha yang dilaksanakan selain mengiktiraf
sumbangan penting yang memberi impak yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan
alam siber di Malaysia.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Prof Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip,
Pengarah Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital, UPNM. Turut hadir pada
majlis tersebut adalah Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Muhamad Azani Bin Yahya, Pengarah, Pusat
Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan, UPNM dan Dr Nur Diyana binti Kamarudin,
Felo Penyelidik, PKS&RI.
152 LAPORAN TAHUNAN 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia